“Job datang mencurah curah” Datuk Hattan

1,262 views

Baru-baru ini Datuk Hattan terpalit dengan satu isu dengan seorang pembaca berita dari Astro Awani. 

Cara Hattan menjawab soalan dari pembaca berita itu dianggap tidak beradab lantas mendapat komen yang kurang baik dari orang ramai. 

Namun begitu, walau selepas isu itu terjadi, Datuk Hattan berkata, dia masih lagi mendapat pelbagai tawaran nyanyian ketika ini. 

Dari laporan Berita Harian dan Harian Metro, kerjaya seni Hattan masih lagi lancar. 

“Walaupun terjadi isu sehingga saya telah dikecam, tawaran buat persembahan ketika ini datang mencurah-curah. Setiap hari ada sahaja job yang saya terima daripada kerajaan dan juga sektor swasta.” 

“Alhamdulillah, saya dah tak menang tangan dengan tawaran menyanyi di sana sini.”  

“Ada sebuah syarikat tu mengambil saya untuk menyanyi di lima show anjuran mereka di seluruh negara.”  

Ditanya tentang konsertnya bersama Datuk M Nasir, Datuk Hattan berkata, semuanya berjalan lancar walaupun terpaksa ditunda.  

“Konsert berkenaan bukannya dibatalkan tapi hanya ditunda kerana beberapa faktor termasuk perginya orang kuat yang kendalikan konsert, iaitu arwah Sham Amir Husain.” 

“Arwah banyak kendalikan konsert di sana dan beliau lah yang bawa penaja untuk konsert kali ini.” 

Jelas Hattan lagi, konsert itu mendapat sambutan yang hangat malah beliau telah pun mendapat pembayaran lebih dari separuh untuk konsert berkenaan. 

“Sambutan peminat pun amat menggalakkan dan saya telah dimaklumkan tiket berharga RM1000 dan RM188 telah pun habis.”  

“Persediaan untuk persembahan ini pun baik dan lancar. Kami semua dah dibayar sekitar 60 peratus. Ia mungkin akan berlangsung sekitar bulan Ogos tahun ini.” 

Datuk Hattan dan Datuk M Nasir akan menjayakan konsert Sifu Dan Aku 38 di Sarawak dan juga di Sabah, namun kini ditunda ke tarikh yang baru.