Eyka Farhana ucap I love you pada Akhyar Rashid

5,852 views

Pelakon comel Eyka Farhana, 25 tahun, akhirnya boleh dikatakan telah mengesahkan statusnya dalam hubungan dengan pemain bola sepak sensasi, Akhyar Rashid.

Menerusi satu status, Eyka ada membuat satu ucapan hari jadi kepada Akhyar Rashid kini masuk umur 21 tahun.

Ini sekaligus mengesahkan bahawa teman lelaki Eyka Farhana sememangnya adalah Akhyar Rashid yang merupakan pemain Johor Darul Takzim.

Dari ucapannya, Eyka Farhana mengatakan kisah pertemuannya dengan Akhyar Rashid adalah antara momen indah yang pernah berlaku kepadanya.

Pelakon comel ini juga ada menulis bahawa dia mengimpikan untuk mencintai Akhyar Rashid selama-lamanya. Ini ucapan dari Eyka Farhana kepada Akhyar Rashid.

Tarikh 1 Mei 2020, selamat hari jadi buat lelaki istimewa. Berjumpa dan bertemu dengan dirimu adalah satu kenangan yang paling indah pernah berlaku dalam hidup saya.

Mungkin saya seorang kekasih yang agak gila-gila, selalunyalah akan tetapi saya cinta kamu, dan sentiasa ambil berat pada kamu dan saya akan pegang kamu sampai akhirnya, insyaAllah. Tia amo mucho Akhyar Rashid

Itulah ucapan yang amat sweet dari Eyka Farhana buat kekasihnya itu yang mana ianya dimuatnaik menerusi laman insta story, semalam.

Menerima ucapan yang amat romantis itu, Akhyar dilihat tidak berdia diri dan telah share semula ucapan Eyka farhana di laman IG miliknya.

Ini respon balas dari Akhyar Rashid kepada Eyka pula: “Terima kasih, I love you so much, saya cintai kamu sangat-sangat”

Diimbas kembali, tak lama dulu, memag dah ada spekulasi tentang terjalinnya hubungan cinta antara Akhyar Rashid dan juga Eyka Farhana apabila ada gambar mereka berdua bersama yang menunjukkan kemesraan termasuk ketika hari jadi Eyka Farhana yang ke 25 tahun pada bulan Februari yang lalu.

Ketika itu, Eyka dikatakan membawa Akhyar ke majlis hari lahirnya itu. Namun Mereka berdua mengambil tindakan berdiam diri sahaja, dan hari ini terjawab segalanya, memang betullah mereka sedang di lamun cinta.