Syura kecewa sikap Kak Ogy, baru dapat 6 peratus payment

3,506 views

Penyanyi yang juga bekas peserta Gegar Vaganza, Syura telah muatnaik satu luahan hati ekoran tersebarnya hal berkenaan teater Korupsi Dewan Senandung. Syura rupanya antara mereka yang tak dapat bayaran penuh untuk teater berkenaan dan baru menerima enam peratus sahaja payment dari penerbit iaitu Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy.

Syura berkata dia tak mahu buka aib tapi hanya nak tuntut haknya dan juga mereka yang terlibat dalam tetater berkenaan. Ini komennya: “Hanya satu, kecewa. Kami akan terus pertahankan hak kami.

“Saya rasa dianiaya dan itu yang saya rasa sebagai seorang artis yang sudah menjayakan teater itu seperti yang diminta. Walaupun saya terlibat pada saat akhir tapi saya sudah jalankan tanggungjawab.

“Mungkin ada yang dah dapat 30 peratus namun sampai sekarang saya hanya dapat 6 peratus sahaja dan sebenarnya ada juga yang masih belum dapat apa-apa pembayaran. Kalau ikut kontrak, bayaran 60 peratus patutnya diberi sehari sebelum persembahan dipentaskan.

“Mulanya saya dan rakan tak nak kecohkan hal ini sebab nama kak Ogy amat besar dalam industri. Tetapi dah dua bulan kami tak dapat bayaran penuh yang patut dilangsaikan pada 16 Mac lepas. Oleh itu, kami hanya tuntut hak kami”

Syura sebenarnya terkilan dengan sikap kak Ogy sebab hanya berdiam diri walaupun terima desakan untuk selesaikan payment. Kata Syura, dia juga mungkin akan ambil tindakan untuk buat report polis.

“Kerana dasar hormat, saya tak kisah buat persembahan pementasan itu tanpa menerima payment yang dijanjikan. Tapi itulah, memang tidak sangka boleh jadi macam ini.

“Saya kecewa kerana kak Ogy hanya diam diri dan tak bagitau apa-apa selepas kami semua desaknya untuk langsaikan bayaran berkenaan sejak minggu lepas.

Itulah komen dari Syura tentang hal tak dapat payment dari penerbit teater Korupsi Dewan Senandung. Semakin ramai yang telah buka cerita kerana dah terlalu lama menunggu bayaran dibuat, dan kini jadi lebih perit sebab ramai artis dan pengiat seni yang dah taka da job kerana arahan duduk di rumah.