“Fara Hanim, I tak suka orang munafik” Selepas Rita, Lufya pula bersuara

64,420 views

Satu komen dari pengacara Fara Hanim Razak tentang jirannya yang dikatakan tak percaya vaksin, telah menjadi tular. Walaupun hanya menyebut initial name sahaja iaitu RR dan LL, namun dua artis telah dikaitkan iaitu Rita Rudaini dan juga Lufya Laana.

Kedua-dua pelakon ini memang jiran kepada Fara Hanim dan nama initial mereka sama dengan apa yang Fara Hanim tulis.

Rita Rudaini yang terkenal dengan kelantangannya, secara terbuka meminta Fara Hanim untuk datang berdepan dengannya. Bagi Rita, RR itu memang ditujukan kepadanya.

Namun Rita menyatakan lagi bahawa dia mengamalkan air rebusan bunga cengkih yang dikenali dengan nama air siraman itu sebenarnya disarankan oleh Prof Dr Muhaya. Jadi dia bukanlah seorang yang tak percaya dengan vaksin.

Selepas Rita Rudaini, kini giliran Lufya Laana pula menulis tentang hal ini. Jelas Lufya dia bagaikan tak percaya dengan apa yang berlaku sedangkan semuanya dilihat baik-baik belaka.

Malah Lufya juga mengimbas kembali ketika malam raya, Rita Rudaini ada belanja anak-anaknya dengan bunga api. Ini komen Lufya.

Fara Hanim Razak, saya ni jenis tak suka dengan orang yang munafik. Rumah saya hanya belakang rumah awak saja. Rupanya busuk mulut awak ni ya.

Malam raya hari tu kak Rita Rudaini dan ada jiran lain yang belanja awak dan anak-anak main mercun, elok saja semua kejiranan sini. Dah lebih 10 tahun kami semua hidup tenteram aman dan damai.

Awak ni baru saja pindah sini setahun dua, dah nak buat musuh dengan jiran? Janganlah hanya kerana nila setitik habis rosak susu satu belanga.

Selain itu, Lufya juga ada upload beberapa luahan hati tentang hidup berjiran di laman Insta Stories miliknya. Ini antaranya.

Sehingga kini Fara Hanim Razak tidak ada memberi respon balas tentang hal ini. Semoga semuanya selesai dengan cara baik, apatah lagi hidup berjiran.