Farid Kamil, Diana Danielle dah rujuk? Ini jawapan peguam

5,399 views

Berpisah pada 10 Ogos 2023 yang lalu, baru-baru ini pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle dilihat kembali mesra. 

Kedua dua mereka duduk bersebelahan dan amat ramah bersama ketika hadiri satu sesi temubual. 

Malahan Farid Kamil dan Diana juga ada makan bersama selepas itu. 

Farid juga dilihat hadir ke sesi rehearsal persembahan Diana Danielle. 

Moment berkenaan di muatnaik oleh Farid Kamil sendiri di laman media sosial miliknya semalam. 

Melihat kemesraan mereka, ada yang tertanya sama ada mereka berdua ini telah kembali bersama. 

Adakah dah rujuk, itu antara persoalan yang ditanya orang ramai. 

Melihat begitu ramai yang bertanya, pihak media telah bertanya kepada peguam yang mewakili Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader. 

Melalui laporan Mstar, Datuk Akberdin berkata, sehingga kini belum lagi ada arahan dari Diana tentang soal rujuk semula.  

“Arahan terkini yang saya dah semak dengan Diana Danielle tadi ialah dia kata tiada apa-apa pun. Mereka sekadar berbaik-baik semual seperti biasa demi anak-anak mereka.”  

“Dia tiada bagi arahan yang mengatakan dia nak rujuk dan dia pun ada kata tidak rujuk lagi.” 

Jelas peguam Diana Danielle ini lagi, sepanjang kes berlangsung, hubungan antara Diana dan Farid memang renggang dan kini dilihat telah pun pulih.  

Diana juga lebih fokuskan kepada kerjanya dan juga anak-anak. 

“Sebelum ini memang hubungan mereka amat tegang, namun sekarang ini hubungan mereka dah pun lembut dan sudah lebih tenang.”  

“Dia ada kata yang dia mahu fokus kepada anak-anak dan kerjayanya selain nakkan ketenangan minda ketika ini.”  

Datuk Akberdin kemudian ditanya soalan apa tindakan jika pasangan berkenaan merujuk semula, ini jawapannya. 

“Mereka kena pergi ke mahkamah untuk sahkan hubungan tersebut.”  

“Ini memandangkan telah berlaku proses penceraian sungguhpun masih dalam tempoh edah.” 

“Tetapi kita tak tahu apa yang akan berlaku sebelum tempoh edah itu tamat, kita tunggu saja.” 

“Jika mereka rujuk mereka perlu ke mahkamah untuk mendapatkan sijil rujuk, itu pun kalau dalam tempoh edah lagi. Kalau selepas edah mereka perlu untuk bernikah semula.” 

Itulah jawapan dari peguam yang mewakili Diana Danielle apabila ditanya tentang kisah rujuk semula antara Diana Danielle dan juga Farid Kamil. 

Sementara itu, Diana Danielle ada berkata, sebarang keputusan dan pengumuman hanya akan dibuat oleh Farid Kamil. 

“Bukannya nak selindung namun kami pun mahu ambil langkah dengan slow, tetapi takde lah slow sangat.” 

“Kami sedang fikirkan bagaimana nak betulkan kehidupan kami antara satu sama lain.” 

“Tetapi kami akan buat keputusan dalam masa terdekat.” 

“Apapun jika nak bagi sebarang update pada masa ini saya rasa biarkan Farid yang buat. Sebab dia kan lelaki.” 

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Diana Danielle dan juga Farid Kamil.