Farid Kamil, Diana Danielle kembali bertemu, mesra duduk bersama

36,460 views

Umum dah ketahui bahawa pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle dah pun berpisah. 

Kedua mereka disahkan sudah berpisah pada tarikh 10 Ogos 2023 yang lalu. 

Kemduian, ada tarikh 21 Ogos pula, pihak mahkamah telah memberikan hak jagaan kedua anak mereka iaitu Che Mad dan juga Aurora kepada Diana Danielle. 

Semalam, menerusi hantaran dari Farid Kamil, pelakon ini dillihat kembali bertemu dan berdepan dengan bekas isterinya itu. 

Farid dilihat ada merakam isterinya yang sedang ditemubual oleh pihak Budiey. 

Katanya dia hanya boleh tengok dari luar, kerana ketika itu suara Farid sudah hilang. 

Hanya mampu tengok dari luar saja, suara saya dah tiada ni, kesian.” Tulis Farid sambil memberi emoji love. 

Tak lama kemudian, Farid juga dilihat telah dipanggil untuk masuk dan duduk bersama Diana Danielle dan ditemubual oleh Budiey, walaupun suaranya jelas alami masalah. 

Dari sedikit ucapannya, Farid berkata apa yang terjadi ini merupakan satu nikmat juga. 

“Walaupun hal ini satu musibah, tetapi ianya juga sebenarnya satu nikmat juga.” 

Itu sedikit rakaman temubual oleh Farid Kamil dan Diana Danielle ketika ditemubual. 

Rakaman temubual penuh akan ditayangkan di laman media Budiey pada malam Jumaat. 

Selain itu, Farid Kamil dan Diana Danielle juga ada duduk bersama di sebuah kedai bersama rakan-rakan mereka. 

Dalam pada itu, Diana juga berkata semua keputusan yang dibuat adalah berdasarkan dirinya dan juga keluarganya. 

“Saya buat perkara yang difikirkan terbaik untuk diri saya dan juga family saja. Saya berpaksikan perkara ini saja.”  

“Apa yang orang yang tulis itu adalah hasil dari keputusan kami. Kalau kami tak mampu nak lalui, kami tak akan buat keputusan itu.” 

Melihat ruangan komen, rata-rata mendoakan agar hubungan kedua pelakon ini, Farid Kamil dan Diana Danielle akan terus baik-baik saja sungguhpun sudah tertulis tiada lagi jodoh bersama.