Fatiya Latiff muatnaik foto dipeluk, dah pergi jumpa doktor psychiatry

1,367 views

Setelah isu besar yang melanda dirinya pada minggu lalu, Fatiya Latiff kini berada di negara matahari terbit, Jepun, untuk bercuti. 

Ketika di sana, satu posting dari Fatiya telah menjadi perhatian. Gambar itu menunjukkan pelakon di telah dipeluk oleh seorang individu. 

Paling menjadi tumpuan ialah caption yang ditulis oleh Fatiya iaitu “Just married”. 

Namun Fatiya telah menutup ruangan komen di foto berkenaan dan warga maya tidak dapat bertanya tentang siapakah individu berkenaan. 

Ini fotonya. 

Sementara itu, menerusi satu laporan Kosmo, pelakon berumur 38 tahun ini menegaskan bahawa dirinya bukanlah alami isu kesihatan mental. 

Sebaliknya, dirinya hanya suka untuk berekspresi saja. 

Fatiya juga berkata, dia pun dah buat pemeriksaan dengan pihak doktor perbatan bahagian psychiatry.  

“Setiap kali kita upload sesuatu di laman media, saya hanya ingin kongsi saja tanpa fikir tentang tanggapan orang lain.”  

“Saya hanya ekspresikan diri saya sendiri saja. Apa yang saya kongsi juga tak langgar undang-undang.” 

Ini pula kenyataan dari pelakon Ariana Rose ini tentang kesihatan mentalnya.  

Dia juga berkata, memang dirinya tak memerlukan rakan atau sahabat. 

“Saya ni tak perlukan kawan. Yes, saya ada bertemu dengan psychiatry dan mereka memaklumkan bahawa saya ni okey.”  

“Ada juga pergi berjumpa psychiatry baru-baru ini.” 

“Mereka kata saya hanya ada tekanan stress saja.” 

“Saya selalu kemas kini tentang kesihatan mental diri sendiri pada psychiatry.” 

“Ini untuk memastikan kesihatan mental saya dalam keadaan yang baik. Saya bukalah ada sebarang depression tetapi hanya stress.” 

Itulah jawapan dari Fatiya Latiff apabila ramai yang mengatakannya mengalami tekanan jiwa atau mempunyai masalah kesihatan mental setelah membuat kenyataan tentang bekas kekasihnya iaitu Aiman Hakim Ridza dan juga isteri Zahirah Macwilson.