Uqasha Senrose hamil anak pertama, tayang baby bump

1,469 views

Salah seorang dari pada adik beradik pelakon Senrose iaitu Uqasha, telah mengesahkan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua. 

Isteri kepada Kamal Adli itu memuatnaik satu video dan juga foto memberi pengesahan bahawa dirinya kini sedang hamil anak pertama mereka. 

Bagi Uqasha, ini merupakan satu rezeki yang amat berharga buat dirinya. 

Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan, Uqasha tetap berdebar debar selain berhati hati untuk kandungan pertamannya ini. 

Apatah lagi Uqasha memberitahu, sebelum ini dirinya pernah hamil namun telah alami keguguran. 

“Syukur kepada illahi, syukur alhamdulilah rezeki manusia ni berbeza beza. Ini merupakan di antara rezeki yang paling besar untuk Uqasha.” 

“Nervous dari nak menjadi isteri dan sekarang saya sedang nervous untuk jadi ibu pula.” 

“Memang ramai yang tertanya tanya mengapa Uqasha selalu saja tak memberi jawapan tentang soalan hamil. Ini sebabnya sebelum ini dah pernah alami keguguran, oleh itu, memang Uqasha agak khuatir.” 

“Sekarang ni, biarlah Uqasha sendiri yang beritahu.” 

Uqasha tidak beri info lebih lanjut tentang usia kandungan ketika ini dan meminta orang ramai mendoakan buat dirinya. 

“Harap semua dapat mendoakan yang baik-baik kepada Qasha and juga baby. Jodoh, ajal, rezeki semua dari Dia.” 

Itulah kenyataan dari Uqasha Senrose, isteri kepada Kamal Adli tentang kandunagn pertamanya. 

Pelakon ini telah berkahwin dengan Kamal Adli pada tahun 2021  

Sementara itu, Uqasha juga akui pernah terasa hati apabila ada komen dari sesetengah pihak yang persoalkan mengapa adik beradik Senrose semuanya belum ada rezeki anak. 

“Jujur saya akui memang agak sayu apabila ada yang berkata tentang adik beradik ni semuanya belum ada anak. Bila dapat tahu saya hamil, saya gembira serta bahagia sangat, memang aturan dari Allah.” 

Uqasha Senrose merupakan kakak kepada pelakon adik beradik Nelydia Senrose dan juga Raysha Rizrose, dan juga sepupu kepada pelakon Aprena, serta Oktovia Manrose, kesemua mereka sudah pun berkahwin.