Syamsul Yusof bertemu ibu bapa, ini kenyataan Datuk Yusof Haslam dan Puteri Sarah

707 views

Setelah bertahun lamanya tak bertemu, akhirnya Syamsul Yusof telah pun kembali ke pangkuan kedua  ibu bapanya, Syamsul Yusof bertemu ibu bapa, Datuk Yusof Haslam dan juga Datin Patimah Ismail.  

Datin Patimah sendiri telah muatnaik detik gembira berkenaan menerusi dua foto di Insta Story malam semalam.  

Pertemuan itu memperlihatkan Syamsul Yusof, bersama ibu bapanya dan turut disertai Puteri Sarah Liyana dan anaknya. 

Bagaikan melepaskan rindu, Syamsul dilihat memeluk erat kedua-dua ibu bapanya itu. 

Satu lagi foto memperlihatkan Syamsul mendukung anak perempuannya dan turut kelihatan bekas isterinya, Sarah, ada di dalam foto. 

KENYATAAN DATUK YUSOF HASLAM 

Penerbit terkenal, Yusof Haslam telah bercerita tentang moment pertemuan dengan anaknya itu. 

Jelasnya, Syamsul menghubungi ibunya, Patimah pada hari Isnin. 

Yusof tak sangka akhirnya anaknya itu terbuka pintu untuk pulang, dan amat bersyukur doa mereka telah termakbul. 

Bertahun tahun tak bertemu, akhirnya Syamsul Yusof bertemu ibu bapa nya, Datuk Yusof Haslam dan juga Datin Patimah. 

“Kami tidak pernah membenci darah daging sendiri, sebaliknya kami selalu berdoa setiap kali dalam solat.” 

“Doa kami untuk Sol akhirnya termakbul walau ambil masa bertahun lamanya.” 

“Dia sendiri menghubungi ibunya pada Isnin dan menyatakan hasrat untuk berjumpa kami selepas begitu lama terputus hubungan.”   

“Dia mendakap kami dalam wajah yang ceria dan kami menikmati makan malam bersama-sama.” 

Tambah Yusof, dah tentu insan paling gembira ialah isterinya dan memberi kesan yang mendalam kepadanya.   

“Dah semestinya kami mengalirkan air mata selepas bertahun menanti untuk bertemu dengannya.”  

“Di pertemuan itu kami tidak membicarakan hal-hal yang lepas, cuma berborak santai saja.” 

 “Semoga ikatan ini kekal sampai ke akhir hayat kami.”  

KENYATAAN PUTERI SARAH 

Bekas isteri Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah turut hadir ketika pertemuan berkenaan. 

Kata Sarah, dia bersyukur semua urusan dipermudahkan dan amat gembira terutama melihat mentuanya bertemu kembali dengan anak tersayang. 

“Syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Saya turut gembira apabila melihat mentua pun gembira.” 

“Walau saya dah tak ada apa-apa hubungan dengan Syamsul, saya tumpang gembira apabila dia akhirnya pulang ke rumah untuk berjumpa dengan Papa (Datuk Yusof) dan Mama (Datin Patimah). Apatah lagi, mereka sudah bertahun tak jumpa dengan Syamsul.” 

“Sebenarnya, Syamsul sendiri yang nak jumpa mereka. Saya sampai lambat sebab ada acara pada petang itu.”   

“Saya pulang ke rumah sebab nak ambil anak-anak dulu dan bawa sekali jumpa datuk dan nenek mereka sebelum kami ke Vietnam untuk bercuti. Apa pun, syukur kini semuanya sudah selesai.” 

Biarpun Syamsul dah kembali berbaik dengan ibu bapanya, Puteri Sarah tetap menegaskan dia dan Syamsul tiada apa hubungan. 

“Ingin dijelaskan, sampai sekarang ni, saya tak terfikir untuk kembali kepada Syamsul. Saya sudah ada kehidupan sendiri dan bahagia dengan pilihan saya.” 

“Sekarang, saya nak tenang-tenang saja di samping membesarkan anak-anak dan fokus pada kerjaya.” 

Itulah kenyataan dari Puteri Sarah Liyana dan juga Datuk Yusof Haslam tentang kepulangan Syamsul Yusof.