Baru 19 tahun, Iman Troye berjaya raih pendapatan RM1juta

2,760 views

Penyanyi remaja yang sedang meniti kegemilangan iaitu Iman Troye dikatakan telah mengecapi satu kejayaan yang amat mengagumkan.

Ini apabila Iman Troye telah berjaya meraih 4X Platinum yang mana dikatakan bersamaan dengan RM1 juta membabitkan talent management revenue dan ini termasuk persembahan dalam lagu miliknya iaitu lagu Teman dan juag lagu raya, Pejam Celik Hari Raya.

Namun begitu, penyanyi berumur 19 tahun ini menepis anggapan bahawa dia kini sudah bergelar sebagai seorang jutawan muda. Ini komen Iman Troye.

“Jika ada orang yang anggap saya ni kini dah jutawan berdasarkan jumlah pendapatan itu, bagi saya ianya tidak. Apa yang saya mahu beri keutamaan dalam industri ini bukanlah pendapatan sebaliknya, saya mahu lebih fokus serta nak kukuhkan nama di industry seni ini.”

Iman berkata dia masih lagi baru dan masih banyak lagi yang mahu dicapainya.

“Sebenarnya saya ni masih lagi tengah merangkak. Kalau boleh, saya nak orang pandang saya berlari pula selepas ini. Ada banyak lagi benda yang saya kena terokai.”

“Sejujurnya, saya ada rasa takut ketika berada di tahap ini sekarang, kerana saya tak tahu lagi apa pandangan orang sebenarnya terhadap diri ini.”

“Saya pun ada banyak buat kesilapan, kan manusia akan buat silap. Namun, saya akan buat yang terbaik untuk belajar daripada kesilapan dan jadi lebih baik.”

Iman Troye berkata sedemikian ketika melancarkan lagu barunya berjudul Nang hasil ciptaan Ezra Kong dan Ramlee. Sejak dilancarkan dua minggu lepas, muzik video lagu Nang sudah mencapai satu juta tontonan, satu lagi pencapaian yang amat hebat dari anak muda ini.

Selain melancarkan lagu baru, Iman Troye juga terlibat dengan program ilmiah iaitu kempen dua juta bangkit belajar bersama PTTI.