Inilah biodata kekasih hati Siti Saleha, Joshua Fitton “Kenal adiknya dulu baru kenal dia”

10,582 views

Pelakon Siti Saleha, 32 tahun akhirnya menamatkan tanda tanya orang ramai termasuk peminat tentang siapakah yang berjaya menawan hatinya. 

Setelah mengaku sedang kenali hati budi seseorang, akhirnya Siti Saleha secara terbuka mendedahkan identiti jejaka bertuah berkenaan. 

Jejaka yang dimaksudkan ialah Joshua Fitton, seorang yang mempunyai ciri yang sama dengan Siti Saleha iaitu berdarah campuran, atau mix. 

Siti Saleha telah muatnaik foto bersama dengan Joshua Fitton menerusi satu hantaran di laman IG. 

Maka ramai yang nak tahu lebih lanjut tentang biodata jejaka kacak berkenaan. 

Menerusi beberapa laporan, Joshua Fitton ini merupakan seorang pereka fashion terkenal tanah air. 

Joshua Fitton turut mengasaskan jenama fashion bernama Atelier Fitton dan merupakan creative director untuk jenama tersebut. 

Atelier Fitton satu jenama yang amat premium dan luxury yang menggabungkan elemen English dan juga tradisional. 

Dari segi peribadi, Joshua Fitton mempunyai ibu berbangsa Melayu dan bapanya merupakan orang putih. 

Joshua Fitton juga mempunyai seorang adik perempuan, yang merupakan seorang pelakon bernama Leila Louise Fitton, pelakon Crazy Rich Asian. 

Joshua Fitton juga merupakan seorang yang bijak dan telah graduad dengan Masters dalam bidang architecture dari Lincoln School of Architecture, University of Lincoln. 

Siti Saleha turut mendedahkan hubungannya dengan Joshua masih lagi dalam peringkat berkawan, dan mula rapat setelah diperkenalkan adik Joshua. 

“Dialah orang yang saya cakap sebelum ni, kami sedang kenali hati budi. Ini merupakan satu tempoh untuk kami berkawan dulu.” 

“Joshua pereka fashion dan saya berkenalan menerusi adiknya. Saya kenali adiknya dulu baru kenal dia.” 

“Yang penting dia bujang.” Jelas Siti Saleha lagi tentang status Joshua Fitton. 

Itulah komen dari Siti Saleha tentang buah hatinya ketika ini bernama Joshua Fitton.