Gambar Baby Shima dalam kelab tersebar “Itu memang saya”

17,297 views

Sekali lagi penyanyi dangdut iaitu Baby Shima ditimpa satu isu. Menerusi laporan Mstar, ada beberapa foto menunjukkan penyanyi ini berada di dalam kelab atau pusat hiburan bersama seorang lelaki.

Dari gambar itu, Baby Shima sedang memegang cawan dan kelihatan agak mesra dengan jejaka berkenaan.

Apabila ditanya tentang gambar itu, Baby Shima tak ada berselindung dan akui itu adalah dia.

Saya rasa saya tak ada kembar, yes itu memang saya, jadi mengapa, ada masalah kah.” Komen Baby Shima seperti yang dilaporkan oleh portal Mstar.

Baby Shima menyatakan dia tak perlu pun nak beritahu siapakah identity jejaka berkenaan dan palimg penting tak kacau hidup orang lain.

Rasanya saya tidak perlulah nak cerita siapa lelaki dalam gambar berkenaan kerana tiada kepentingan pun untuk semua orang. Apa yang saya penting, saya tak ganggu hidup orang lain.

Baby Shima turut akui dia memang seorang yang suka bersosial tetapi tak pernah sampai ganggu orang lain.

Yes saya memang agak nakal tetapi taklah sampai kacau suami orang, kacau rumah tangga orang atau minta duit mak bapa orang lain.

Ditanya tentang kenapa sejak akhir-akhir ada saja isu melibatkan Baby Shima, penyanyi ini nafi sengaja timbulkan isu untuk raih perhatian.

Jujur apa yang terjadi kat Shima ni bukanlah sengaja mahu menarik perhatian orang atau nak timbulkan is. Namun begitu, ianya timbul sebab mulut dan kata-kata dari orang ramai.

“Mula dari komen atau kata-kata dari mulut orang la yang tarik perhatian dan media pun pick up benda tu.”

Baby Shima akui kadangkala dia ada juga terasa, kerana memifikan memang ramai yang tak suka dengan dirinya.

“Saya tak nafikan kadangkala sedih kerana ramai yang kat abukan-bukan pada saya. Rasa down.”

“Memang ada benda yang patut saya jawab tapi ada benda tak patut saya nak jawab terutama hal yang melibatkan hal peribadi saya.”