Pesawat bergegar, Ebby Yus pengsan dalam kapal terbang

3,136 views

Penghibur Ebby Yus telah alami satu detik cemas pada bulan lalu. Ini setelah Ebby Yus mengalami serangan jantung di dalam kapal terbang sehingga pengsan.

Kejadian berkenaan berlaku ketika Ebby Yus dalam perjalanan untuk mengerjakan umrah pada 16 Oktober 2021.

Dalam perjalanan, kapal terbang telah bergegar dan membuatkan Ebby Yus terperanjat dan alami kejutan sehingga pengsan.

“Kejadian terjadi lebih kurang satu jam lagi nak sampai di Maldives untuk transit. Dalam pesawat, saya bangun kejap untuk ke bilik air dan secara tiba-tiba berlaku gegaran yang kuat, dan ini membuatkan saya pengsan.”

“Saya mula sedar diri lebih kurang 10 minit kemudian, masa tu dah nampak ada beberapa orang kat sisi saya. Ketika itu juga, mereka ada buat pengumuman sekiranya ada doktor atau nurse yang dapat membantu saya.”

“Mujurlah ada seorang nurse dari Malaysia yang bekerja di Riyadh, Arab Saudi dan dia bantu beri rawatan awal pada saya. Sampai saja di airport Maldives, saya jumpa doktor dan dia beritahu saya kena dapatkan rawatan di hospital malah saya tak dapat teruskan perjalanan.”

Di hospital, Ebby meminta untuk keluar awal kerana kos rawatan yang tinggi. Kemudian Ebby tak dapat beli tiket ke tanah suci, dan terpaksa bermalan di Maldives.

“Saya masuk wad sehari saja, lepas tu saya ke airport untuk beli tiket ke kota Mekah namun malangnya tiket tak ada dan terpaksa bermalam di Maldives selama empat hari.”

Ebby memberitahu pada hari kelima barulah dia dapat beli tiket untuk meneruskan hasratnya mengerjakan umrah.

“Ini semua merupakan satu ujian. Ketika di tanah suci selama enam hari saya juga terpaksa guna wheel chair untuk tawaf, sebab masih belum kuat sepenuhnya. Tapi saya syukur semuanya dipermudahkan ketika disana.”

Ebby Yus diketahui mempunyai gastric dan juga jantgung lemah serta buah pinggang yang tidak berapa sihat.