Gambar dengan Ira Kazar tersebar, pelakon buat report polis

10,070 views

Kini nama Ira Kazar memang sedang hangat diperkatakan. Semuanya setelah Puteri Sarah memetik namanya menajdi orang ketiga dalam perkahwinannya dengan Syamsul Yusof.

Namun secara tiba-tiba, ada pula seorang lagi pelakon yang terpalit sama. Pelakon yang dimaksudkan ialah Hanis Kamal.

Ini gara-gara ada pihak tayangkan video yang muatnaik foto lama Hanis Kamal di sisi Ira Kazar.

Video berkenaan mendapat tontonan yang amat tinggi dan menjadi bualan ramai. Kini ramai yang anggap bahawa Hanis Kamal merupakan bekas kekasih kepada Ira Kazar.

Berkata tentang hal itu, Hanis Kamal terkejut, kerana ada yang memanggilnya sebagai bekas kekasih Ira Kazar.

“Saya mula dapat tahu baahwa gambar saya jadi tular setelah ada pengikut sebut nama Ira Kazar semasa saya sedang live di laman media sosial. Ada juga yang tinggalkan komen seperti wah ex Ira.”

Hanis Kamal yang sudah berkahwin terkejut dengan hal ini, dan kemudian adik iparnya ada tunjuk video tersebut. Bagi Hanis Kamal, ini sesuatu yang kurang disenanginya.

“Perkara ini amat membimbangkan saya kerana tiba-tiba saya pula dikaitkan dengan Ira. Ya, saya baik dengan uncle Kazar dan saya pun memangkenal Ira sejak kecil.”

“Tetapi saya ni juga ada hubungan yang baik dengan Puteri Sarah. Jadi saya tak mahulah membuat hubungan yang tak baik dengan kedua belah pihak.”

Ekoran penyebaran gambar lama itu, Hanis Kamal telahpun buat report polis untuk memulihkan semula namanya setelah dilabel sebagai bekas kekasih Ira Kazar.

“Dah selesai kami buat report. Jika pihak yang upload itu berdegil, kami akan meruskan tindakan selanjutnya. Buat masa sekarang kami terima nasihat daripada pihak berkuasa.”

“Maruah diri kenalah kita jaga. Harap pihak berkenaan akan padam video yang ada gambar pelakon Hanis Kamal Bakar, kami pun ada hati dan juga perasaan.”

Itulah kenyataan dari Hanis Kamal Bakar tentang gambar dengan Ira Kazar.