Hot FM tamatkan kontrak Shuk, ini pula kata-kata dari Shuk

2,196 views

Akhirnya pihak radio Hot Fm memutuskan untuk menamatkan kontrak Shuk sebagai penyampai radio station berkenaan bermula hari ini.

Hal ini telah disahkan sendiri oleh wakil dari pihak pengurus dari Kumpulan Audiens dan Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim.

Hasil dari internal investigation, Shuk disahkan telah melanggar kontrak perkhidmatan dan menyebabkan kontrak ditamatkan.

Siasatan mendapati telah berlaku pelanggaran term oleh pihak Shuk yang sudah tertakluk dalam kontrak. Shuk telah dimaklumkan tentang hal ini.

Tugas Shuk sebelum ini digantung sementara waktu agar pihak pengurusan dapat buat siasatan lanjut dan lebih mendalam tentang isu melibatkannya yang viral di laman media sosial.”

Kini pihak Hot Fm mengesahkan bahawa slot pagi akan diisi oleh Mark Adam dan juga Fizie.

Mark Adam diketahui dengan reputasi seorang yang serba boleh, diharapkan dia mampu memberi nafas segar kepada pendengar Hot Fm.”

Dalam pada itu, Shuk ketika dihubungi, mengakui telah ketahui bahawa dia kini bukan lagi penyampai radio suntuk stesyen berkenaan. Jelas Shuk, dia akur dengan keputusan pihak pengurusan.

Saya masih okay dan telah menerima keputusan dari pihak Hot FM. Saya faham mereka punya bahagian.

Apa pun, semua keputusan yang dibuat ini adalah demi kebaikkan station Hot Fm juga. Oleh itu, saya akan terimanya dengan hati terbuka. Apapun, ketika inim saya masih belum bersedia untuk bercerita dengan lebih lanjut. Berilah saya ruang dalam tempoh satu atau dua hari ini.

Beberapa minggu lalu, isteri kepada Shuk telah buat pendedahan bahawa suaminya itu telah bermain kayu tiga untuk kali kedua. Ini membuatkan ramai orang naik angin dan ada yang meminta station radio Hot Fm untuk mengambil tindakan terhadap pekerjanya itu.