Gambar sekitar majlis pertunangan Syamel dan Ernie Zakri

6,107 views

Dua penyanyi terkenal tanah air iaitu Syameel dan juga Ernie Zakri telah disahkan sebagai pasangan tunang pada hari ini. Mereka berdua berkongsi hal gembira ini di laman media sosial sekaligus menamatkan spekulasi hubungan cinta antara mereka berdua.

Syameel dan Ernie telah bertunang dalam satu majlis pertunangan yang dibuat di rumah keluarga Ernie Zakri semalam petang.

Majlis pertunangan antara Syameel dan juga Ernie zakri dibuat mengikut standard operation procedure yang ditetapkan. Ianya amat meriah sekali dengan dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak.

Syameel melahirkan rasa syukur kerana majlis yang direncanakan berjalan dengan lancar semalam. Ini komennya.

“Syukur sangat, alhamdulillah, saya begitu gembira kerana impian nak lamar Ernie sebagai bakal isteri akhirnya terjadi dan termakbul. Memang agak nervous juga sebab terkenang bila orang kata fasa tunang ini ada dugaannya, meamng saya akui, hal macam ni agak saya khuatiri”.

“Akan tetapi, insyaallah, Ernie dan diri saya akan jaga diri serta membataskan pergaulan lepas ni. Kami juga cuba untuk kurang jumpa selalu. Apa yang saya dan Erni harap, peminat kami akan doa agar hubungan ini berjaya ke jinjang pelamin, dan akan kekal selamanya”

Dalam pada itu, penyanyi ini juga memberitahu, tentang tarikh pernikahan, ianya belum lagi ditetapkan secara official.

“Di majlis tunang pada hari ini, tak ada lagi perbincangan berkaitan nak tetapkan tarikh pernikahan kami. Hal ini akan dibuat dan dibincangkan nanti. Tetapi sebenarnya, saya tak nak lah bertunang lama sangat”.

Di majlis berkenaan, pihak keluarga Syameel telah memberi tiga dulang hantaran, dan telah dibalas sebanyak lima dulang oleh family Ernie.

Dalam pada itu Ernie juga amat bersyukur hubungan mereka kini berada di fasa yang baru. Ini tulisnya di Instargram: “Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, thanks pada yang mendoakan baik baik untuk kami berdua. Semoga urusan akan dipermudahkan sehinggalah akhir hayat. Semoga perjalanan yang dimulakan dengan majlis pertunangan kami secara sederhana ini akan diredhai dan diberkati”.

Sememangnya hubungan antara Syameel dan Ernie Zakri acapkali dirahsiakan waluapun selalu hangat diperkatakan malah pernah diundi menjadi Artis Duo Paling popular di Malaysia.

Selamat bertunang Syameel dan juga Ernie Zakri, memang ramai peminat yang tak sabar nak lihat mereka bergelar suami isteri.