Kenyataan isteri Aman Graseka setelah diwarning Mas Idayu

11,368 views

Mas Idayu bikin panas apabila lantas memberi warning kepada keluarga bekas suaminya Aman Graseka yang dikatakan tidak lagi bertemu dengan anak kandung mereka bernama Nur Dayini.

Nur Dayini, 22 tahun merupakan anak kepada penyanyi dangdut Mas Idayu dan pelakon Aman Graseka, ketika perkahwinan mereka pada tahun 1997 yang berakhir pada tahun 2006.

Setelah berpisah, Aman Graseka telah berkahwin baru dengan wanita 22 tahun lebih muda darinya iaitu Reena Areena pada tahun 2018.

Kini isteri baru Aman iaitu Reena Areena telah tampil memberi respon balas setelah hal ini ditularkan oleh Mas Idayu dan juga Dayini.

Jelas Reena Areena, suaminya itu lama dah tak contact anaknya itu sebab ada berkecil hati dengan sikap Dayini.

Aman Graseka kecewa kerana Dayini ada bertindak memburukkan Reena Areena sebagai ibu tiri di laman media sosial Instagram.

Ini kata-kata dari isteri Aman Graseka: “Saya suruh Aman Graseka supaya hubungi anaknya Dayini namun dia tidak mahu kerna ada terasa hati dan terkilan sebab anak kandungnya itu burukkan saya dan adiknya yang baru berumur satu tahun“.

Suami beritahu patutnya Dayini hormatinya sebagai seorang bapa. Tambah pula, ketika neneknya meninggal dunia, mereka tak ada datang untuk ziarah. Maybe sebab itu bertambah abang terasa hati“.

Sebelum ni saya ada ajak keluar Dayini namun dia tak mahu. Apatah lagi lepas kami berdua dah ada anak. Nampak macam Dayini tidak boleh terima dia kini dah ada adik”.

Bagi menjawab isu tentang Aman Graseka dah sekat nombor telefon Dayini kat Whatsapp, Reena memberitahu phone suaminya dah rosak malah pernah digodam.

Suami saya tak block pun nombor dia. Hari itu phone suami kena hack, kami memang terkejut banyak maklumat kat phone hilang dan ini termasuk mesej-mesej.

Macam kerja hacker yang amat cekap, habis semua hilang secara auto dan kini semua urusan tentang kerja dan cal dari pihak wartawan kena melalui nombor phone saya”.

Dek kerana isu ini yang dilihat bertambah besar, Reena telah dipandang serong oleh sesetengah pihak.

Malah ada yang mengambil kesempatan untuk campur tangan untuk mengapi-apikan lagi hal ini.

Aman Graseka tau apa saa yang Dayini tulis pada saya di laman media sosial, tapi dia minta saya sabar saja, kata suami tidak mengapalah biar saja tuhan yang balas.

Saya rasa kecewa bila ada juga orang lain kononnya mengaku rakan sekolah saya dan turut cerita buruk tentang saya di Instagram milik Dayini. Kini, suami tengah cari individu tersebut dan maybe nak buat report polis”.

Diimbas kembali, Aman Graseka dan Mas Idayu berkahwin pada 1997 dan berpisah pada tahun 2006, sepanjang perkahwin pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini yang kini dah berumur 22 tahun.

Aman kemudian kahwini Reena sekitar tahun 2018 dan mempunyai seorang lelaki diberi nama Aishymir Mateen Shah kini berumur setahun.