Gelar anaknya tak sah, perlekeh isteri, Ali Puteh cari individu ini

2,421 views

Perjalanan kisah antara pelawak Ali dari kumpulan Puteh dan balu kepada isteri abangnya, Abam iaitu Hidayah masuk ke fasa baru.

Setelah naik turun mahkamah, akhirnya kes saman antara mereka berdua telah berakhir dibicarakan. Keputusan akan diberi pada bulan Jun nanti.

Ali Puteh dan Hidayah masing-masing ada muatnaik gambar terkini ketika berada di mahkamah untuk perbicaraan kes berkenaan.

Namun ada sesuatu yang berlaku kepada Ali Puteh di laman Instagram miliknya. Ada pihak yang menulis komen mempertahankan Hidayah dan menulis komen tak baik pada Ali.

Malahan, individu itu telah menulis komen yang agak kurang bukan saja ditujukan kepada Ali Puteh, tetapi juga kepada ahli keluarganya termasuk anaknya.

Antara komen yang paling tak molek dilihat ialah mempersoalkan status anak Ali Puteh kononnya tak sah.

Malah memperlekehkan isteri Ali dengan tuduhan yang tak masuk akal. Ini antara komen yang ditulis.

Dek kerana itu, Ali Puteh telah hilang sabarnya dan mula mencari individu berkenaan. Ali muatnaik segala komen yang ditulis individu berkenaan dan meminta siapa yang mengenalinya untuk memberi info, malah ganjaran akan diberikan.

Salam, pada hari jumaat yang mulia ini, kepada sesiapa yang boleh bantu cari orang ini. Dia tulis macam-macam namun bila sampai dia kata anak saya dikatakan anak tak sah taraf, ini memang betul dah melampau. Bantu saya wahai kawan semua cari orang ini. Saya akan beri seribu Ringgit sebagai hadiah.

Tak lama kemudian, ada yang memberi info kepada Ali Puteh. Dia memberi nombor telefon dan juga alamat rumah individu berkenaan. Ali Puteh telah upload info berkenaan dan memintanya untuk contact Ali secepat mungkin atau kes ini akan dibawa ke pihak berkuasa.

Salam benda simple, nombor saya dah ada, alamat saya dah ada. Apa yang saya minta, sila lah hubungi saya je. Saya nak Puan ni contact saya, dan jika tak buat, saya akan serah kes ni pada polis.

Kita tunggu perkembangan kes ini kelak, sama ada adakah individu berkenaan akan hubungi Ali Puteh atau sebaliknya.