“Pakai niqab, tetap kena pakai mask” ~ Ismail Sabri

1,887 views

Ramai yang dah tahu tentang satu lagi kes melibatkan selebriti Neelofa. Kali ini ada yang mengatakan Neelofa buat satu kesalahan ketika hadir di mahkamah.

Neelofa yang memakai purdah atau niqab, dilihat tidak memakai fask mask di dalam kain niqabnya itu.

Sebenarnya memang ramai yang tak pasti dengan peraturan, perlukan memakai face mask jika memakai niqab.

Semalam akhirnya jawapan ini terjawab sudah. Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditanya soalan ini dan telahpun memberi jawapan yang jelas.

Katanya, jika tak pakai face mask di tempat awam iainya merupakan satu kesalahan sungguhpun seseorang itu pakai face shield ataupun niqab.

Jika pakai face shield atau niqab tetapi dia tak pakai face mask di dalamnya, ia tetap salah di bawah Akta 342 iaitu wajib pakai face mask di tempat awam.

Walupun dah pakai face shield atau niqab, ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk tak mengenakan face mask.

Sebelum ini Neelofa dan Pu Riz hadir ke mahkamah untuk dakwaan tak scan Mysejahtera ketika membeli karpet di sebuah kedai di Nilai.

Pu Riz hadir memakai mask manakala Neelofa hanya memakai niqab sahaja, ini setelah didapati dengan jelas kelihatan bentuk wajahnya, setelah kain niqab itu meliputi wajahnya.

Ketua Polis Daerah Seremban mengesahkan dia ada terima report tentang kejadian itu. Ketua Polis turut menjelaskan bahawa semua patut patuh memakai mask di tempat awam.

Pakai mask ini dah diwajibkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua orang.”

Pada satu Ogos 2020, pihak kementerian kesihatan dah kata memang wajib pakai oleh itu pihak polis tak akan berkompromi untuk pastika semua orang ikut arahan yang ditetapkan.

Neelofa kini didapati sedang disiasat untuk beberapa kes lagi termasuk kes sambutan hari raya bersama keluarga ketika satu Syawal yang lalu.

Selain itu peguam di mahkamah Seremban juga meluahkan rasa kurang senang dengan layanan yang diterima Neelofa sehingga dia boleh masuk ke perkarangan dengan menaiki kereta, walhal orang biasa kena parking di luar.