Penerbit drama Perempuan Itu iaitu Erma Fatima meluahkan rasa hati dengan apa yang terjadi.
Melalui satu laporan portal Mstar, bagi penerbit dan pengarah berumur 54 tahun ini, maruahnya kini umpama telah dipijak-pijak.
Erma memberitahu, walau apapun penjelasan yang diberikan tentang video yang dimuatnaik oleh Zul Ariffin itu, ianya tak akan diterima oleh banyak pihak.
Sebagai penerbit dan juga penulis skrip drama Perempuan Itu, Erma memberitahu bahawa dia akan ceritakan hal sebenar, dan sedang menunggu masa yang sesuai.
“Jika saya cakap apapun sekarang ini, maruah saya seperti dah berada di tapak kaki orang. Macam selama ini saya hasilkan karya sampah.”
“Itu merupakan hukuman yang diberikan oleh semua pihak lain kepada saya.”
“Sekarang ni biar saja mereka nak cakap apa pun. Baik saya ambil pendekatan berdiam diri dulu.”
Erma Fatima akui rasa ralat dengan sikap masyarakat yang agak hipokrit sebab suka melihat sesuatu isu panas yang tak baik berbanding hal-hal kebaikan.
“Apabila ada kisah yang tidak elok, memang laju saja benda tu jadi viral. Namun apabila kisah tentang kebaikan, susah nak dapat perhatian.”
“Jangan nak hipokrit, semua nak kritik saya saja apabila isu macam ni berlaku.”
Dalam pada itu, Erma Fatima akui dia dah pun datang ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan telah beri keterangan kepada pihak berwajib.
“Saya dah beri keterangan di pejabat SKMM. Saya juga dah bawa skrip asal untuk drama ini. Dari segi hukum, memang ianya salah sebab adanya babak berkenaan. Tetapi skrip dan intrepstasi merupakan dua perkara yang berbeza. Saya tak nak komen lanjut berkenaan siasatan berkenaan.”
Sementara itu, ditanya tentang status penayangan drama Perempuan Itu, Erma memberitahu masih belum ada keputusan lagi.
“Tayangan drama ini juga masih belum dipastikan lagi sebab pihak produksi dah melangggar dateline. Tunggu sajalah tarikh tayangan drama ini kemudian.”
Itulah kenyataan terkini dari Erma Fatima tentang isu ini.