Halim Othman dah jumpa JPN, selepas bincang, ini keputusan tentang nama anaknya

4,331 views

Baru-baru ini, pihak Jabatan Pendaftaran Negara atau JPN, mahu membantu Halim Othman dan anaknya Myra Natasha untuk menukar nama anaknya itu yang sebelum ini berbintikan Abdullah.

Semalam, Halim Othman telahpun pergi bertemu dengan Pengarah JPN iaitu Datuk Ruslin Jusoh di Putrajaya untuk berbincang dan meminta pendapat tentang hal nama anaknya itu.

Hasil dari pertemuan dan perbincangan yang dilakukan, keputusan yang diambil ialah untuk mengekalkan nama Myra Nastasha dengan binti Abdullah. Nama Myra tak akan ditukar kepada binti  Abdul Halim.

Kata sepakat ini telah dibuat oleh pihak Halim Othman dan juga JPN setelah berbincang dengan lebih lanjut.

“Dah berbincang dan dengar penerangan dari Ketua Pengarah tentang isu saya ini. Saya memang sudah tak ada dokumen perkahwinan berkenaan, lagi pun isu saya ini bukannya kes terpencil sebab baru saya tahu bahawa banyak orang yang mengalami situasi sama macam ini.”

“Dengan segala keterangan diperoleh itu dan saya pun sudah berbincang dengan anak saya Myra dan kami dah bersepakat untuk kekalkan nama dia iaitu Yusmyra Natasya binti Abdullah.”

“Kami pun dah mengambil kira beberapa aspek seperti kesulitan kalau nak buat juga pertukaran nama bapa, dan kami pun nak move on. Paling utama, saya percaya ada hikmah disebalik nama Abdullah itu.”

Halim Othman kemudian sempat memberi pesan kepada pasangan yang bernikah di negara jiran agar hal yang terjadi kepadanya tidak terjadi kepada orang lain.

“Walau nama anak saya kekal berbinti Abdullah, saya mahu beri ingatan kepada pasangan yang bernikah di Thailand agar terus daftar perkahwinan di dalam negara.”

“Sungguhpun perkahwinan dibina ada masalahnya, pergilah jumpa pihak JPN untuk mendapatkan kaunseling, nasihat serta penjelasan lanjut. Ini penting agar jika ada anak nanti, tak jadi macam kes saya.”

“Tidak perlu ada rasa malu, atau takut ditangkap. JPN ni nak bantu kita. Daftar perkahwinan ni penting.”

Halim Othman sebelum ini bernikah dengan Yusnita Omar di negara jiran pada tahun 1994. Myra Natasha kemudian lahir pada tahun 1995. Perkahwinan mereka tidak kekal dan akhirnya berpisah.