Kini semua pun dah tahu tentang Myra Natasha, selebriti baru yang merupakan anak kepada pengacara dan bekas penyampai radio terkenal tanah air iaitu Halim Othman.
Setelah begitu lama menyimpan kisah serta fakta yang melibatkan hal peribadi, Halim Othman yang kini berumur 56 tahun, disahkan merupakan bapa kandung kepada Myra Nastaha, 27 tahun.
Ramai yang baru tahu tentang hal ini, memandangkan Myra Natasha telah mula masuk ke dunia seni sejak tahun 2019 melalui rancangan Dewi Remaja.
Akhirnya Hakim Othman tampil berbicara tentang kisah ini.
Kata Halim Othman, masa mula-mula dulu, dia memang lebih suka anaknya itu untuk fokus dalam bidang pelajaran terlebih dulu.
“Ini memang masa yang tepat untuk dedahkan hal ini. Sebelum ini saya memang tak mahu dia terikut sekali macam saya, bergelar seorang selebriti. Saya mahu dia beri tumpuan sepenuhnya pada pelajarannya.”
“Sekarang ni, tak apa untuk dia bercakap tentang kami sekarang. Memang selama ini saya pegang kuat dengan prinsip diri, iaitu saya tak berapa gemar kisah peribadi saya dicerita kepada umum.”
“Apatah lagi melibatkan privacy orang lain. Myra pula membesar di bawah jagaan ibunya. Oleh itu, selama ini, saya memang kena hormati privacy ibu kepada Myra.”
Jelas Halim Othman, dia memang amat bangga dengan pencapaian yang diraih oleh anaknya itu, memandangkan semuanya dibina dengan saua Myra sendiri.
“Saya amat bangga dengannya. Dia buat semua, 100 peratus sendiri. Saya hanya beri tips saja pada dia tentang uji bakat dan bidang mengacara. Selain itu, benda utama saya selalu ingatkan dia adalah tentang kesihatan.”
“Mungkin akan ada banyak tawaran datang untuk dia selepas ini. Namun saya berpesan pada dia, ada masa kena kerja keras, ada masa kena slow kan sikit.”
“Harapan saya pada Myra ialah agar dia akan menikmati perjalanan dalam bidang seni ini dengan merendah diri, selalu belajar dan naikkan kualiti persembahan.”
Anak gadis Halim Othman, Myra Natasha merupakan salah seorang peserta Dewi Remaja 2019 dan pernah menjadi pengacara untuk Didik TV dan drama di TV3.