Hamil 3 bulan, Fida Ibrahim lalui detik yang sukar, sedang diuji

2,101 views

Lama tak dengar cerita tentang kisah pelakon dan pengacara Fida Ibrahim yang kini dah setahun melayari bahtera sebagai seorang isteri.

Setelah setahun berkahwin, rupanya Fida kini sedang berbadan dua, dah tiga bulan hamil anak pertamanya.

Selebriti berumur 36 tahun ini, mendedahkan dia telah alami pengalaman yang agak sukar kerana berdepan beberapa dugaan.

Baru tiga bulan hamil, Fida Ibrahim telah lalui detik yang mendebarkan setelah disahkan positif virus Corona.

Kemudian, Fida juga dilihat telah alami pendarahan, di awal kandungannya itu.

“Pada hari Rabu yang lalu, saya call pihak hospital unit wanita dan kanak-kanak. Saya mengandung tiga bulan dan saya dapati saya ada alami sedikit pendarahan.”

“Di waktu yang sama, saya juga disahkan positif Covid. Ini sebab masa tu suami baru pulang dari umrah dan dia terlebih dulu positif.”

Selepas call hospital, pihak berkenaan berkata Fida perlu datang ke hospital untuk buat check up dengan segera.

“Syukur alhamdulillah pihak hospital nak terima kehadiran saya untuk buat pemeriksaan. Mereka periksa jantung dan ambildarah saya. Semuanya dalam keadaan normal.”

“Paling saya risaukan tentu keadaan baby. Syukur, doktor menyatakan baby sihat, denyut nadi baby masih ada dan itu satu berita gembira buat saya.”

Fida Ibrahim menjelaskan sebelum ini dia pernah hamil, namun kandungan tidak berjaya setelah doktor sahkan baby ketika itu tiada nadi.

“Semuanya okey buat masa sekarang cumanya saya ni ada history, yang mana saya pernah ada rekod keguguran, doktor kata peluang ini 50 50 bergantung kepada keadaan baby dalam kandungan.”

“Kalau ada saja pendarahan, saya diminta terus datang ke hospital. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.”

Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah, telah bernikah dengan managaer Shahzemir pada bulan Mei tahun 2021.