“Hampir setiap hari saya dengan Zul Ariffin” Akhirnya Ahmad Iqbal luah pendapatnya

5,458 views

Antara pelakon yang membintangi drama “Perempuan Itu” ialah Ahmad Iqbal. Ahli perniagaan yang turut bergelar penyanyi dan pernah menyertai rancangan nyanyian Big Stage ini, terjun ke dunia lakonan setelah berjaya melepasi casting untuk drama terbitan Erma Fatima ini.

Ternyata Ahmad Iqbal ini memang mempunyai bakat yang hebat sebagai seorang pelakon.

Drama “Perempuan Itu” meniti di bibir para peminat seni tanah air, apabila pelakon utamanya Zul Ariffin terlibat dengan satu isu yang mana dia telah muatnaik satu video menunjukkan adegan yang tidak wajar bersama pelakon baru, Siti Hariesa.

Melihat Zul Ariffin kini berdepan dengan tohmahan orang ramai, Ahmad Iqbal akhirnya meluahkan rasa hati yang terbuku di dadanya.

Menerusi satu kenyataan di Ig story, Ahmad Iqbal memberitahu bahawa dia tak sanggup lagi tengok apa yang sedang dilalui oleh Zul Ariffin ketika ini.

Bagi Ahmad Iqbal, Zul Ariffin ini seorang yang tenang, dan kini dia memerlukan semangat.

“Hampir setiap hari saya bersama dengannya jalani penggambaran. Setiap hari saya berlajar jadi orang yang tenang macam dirinya.”

“Inilah artis yang amat tenang, dan juga sentiasa terbuka. Dia tak banyak karenah. Dia ni memang baik dan pemurah orangnya.”

“Walaupun mulut dan wajahnya hanya tersenyum, tapi saya tahu, dia memang memerlukan sokongan.”

Jelas Ahmad Iqbal, dia memilih untuk beri sokongan, dan mengingatkan setiap orang ada sisi baiknya.

“Kita memilih untuk jadi penguat, semasa orang memerlukan semangat. Tak bermaksud kita boleh benarkan hal yang tak manis, tetapi janganlah kita ni lupa sisi baiknya.”

Itulah komen dari Ahmad Iqbal tentang hal yang melanda Zul Ariffin.

Drama berjudul Perempuan Itu ini menampilkan Zul Ariffin dan Mimi Lana sebagai teraju utama, dan ianya turut disertai oleh Ahmad Iqbal, Eman Manan dan Siti Hariesa sebagai pelakon pembantu.