“Harap semua maafkan dia” Ini respon Ruhainies tentang Zul Ariffin

6,420 views

Umum mungkin mengetahui bahawa Zul Ariffin memang rapat dengan pelakon bernaam Ruhainies. Pernah berganding sebagai teraju utama, hubungan mereka memang akrab.

Dek kerana itu, Ruhainies sering ditanya oleh pihak media setelah isu video yang telah melanda rakannya itu.

Kini, apabila Zul Ariffin telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka, barulah Ruhainies membuka bicaranya.

Bagi Ruhainies, langkah Zul Ariffin memohon maaf itu memang langkah yang baik untuk menjernihkan kembali keadaan.

Sudah tentu apa yang terjadi ini akan memberi pengajaran buat Zul Ariffin. Ini komennya kepada portal Harian Metro.

“Zul pun sekarang dah minta maaf atas apa yang berlaku. Bukannya saya ni nak back up dia, sebab memang apa yang salah tu memang tetap salahlah. Tapi semua manusia memang akan buat silap. Harapnya, semua pihak dapatlah maafkan dia.”

“Sebagai rakan pelakon yang rapat, saya tak nak beri komen lebih-lebih, iyalah takut nanti akan ada yang salah ertikan pula. Tapi memang benar, saya selalu ditanya pihak media tentang isu yang terjadi kepada Zul.”

“Orang di luar sana boleh cakap macam-macam tetapi sesiapa yang kenal Zul dengan dekat, sudah tentu tahu dia ni orang yang macam mana. Kalau kat luar set, Zul ni bukan seperti yang sering digambarkan.”

“Zul seorang rakan yang baik. Dia ni tak kedekut nak ajar ilmu dalam bidang lakonan. Dia pun melayan semua orang dengan baik. Sebab tu saya ni mudah dan rasa senang berkawan dengan dia.”

“Saya percaya lepas ni sudah tentu Zul akan jadi lebih berhati-hati dan fikir panjang. Apapun, kita ambil ikhtibar tentang apa yang terjadi.”

Untuk info, Ruhainies dan Zul Ariffin juga pernah viral sebelum ini, disebabkan mereka berdua dilihat amat rapat sekali.