Hana Ismail cerita mengapa jatuh hati dengan Dai Syed, ini ciri-cirinya

1,810 views

Hubungan antara dua selebriti iaitu penyanyi yang juga bekas peserta rancangan Dai iaitu Dai Syed Iqmal dan juga pengacara Hana Ismail memang tidak diketahui ramai. 

Namun kisah mereka diketahui setelah kedua mereka telah mengumumkan sudah pun bertunang. 

Dai Syed, 27 tahun, dan Hana Ismail, 36 tahun, bertunang pada bulan Oktober yang lepas, kira-kira sebulan yang lalu. 

Menerusi satu laporan dari Awani, Hana Ismail menyatakan banyak kriteria yang ada pada Dai Syed membuatkan dirinya terbuka untuk menerima lamaran penyanyi ketuhanan berkenaan. 

Jelasnya, Dai Syed Iqmal mempunyai banyak ilmu agama dan mempunyai peribadi yang amat lembut. 

Selain itu, cara Dai Syed yang baik dan sering menjaga serta menggembirkaan ibunya turut berjaya membuka hatinya. 

“Sungguhpun perkenalan kami berdua ini amat singkat, syukur kepada Illahi kerana semuanya berlangusng dengan baik atas keizinan dari Nya.” 

“Keperibadian yang ada pada Syed iaitu amat lembut dalam tuturnya dan memiliki pengetahuan dalam bidang agama membuatkan saya menerima lamarannya. Paling utamanya, saya jatuh hati dengan cara Syed yang selalu jaga dan menggembirakan ibunya.” 

Hana Ismail juga menyatakan Dai Syed amat memuliakan para ulama. 

Satu sesi taaruf telah diadakan pada bulan Oktober dan Hana pun sudah buat solat istikharah. 

“Satu sesi telah berlangsung lebih kurang satu jam. Selepas itu saya ada menunaikan solat Istikharah untuk pohon petunjuk dari Illahi, sebelum membuat keputusan untuk terima lamaran.”  

“Begitu juga dengan Syed, dia juga ada tunaikan solat istikharah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya.” 

Hana Ismail meminta agar semua ornag di luar sana dapat mendoakan buat dirinya. 

“Saya minta doa terbaik dari semua orang suapaya majlis pernikahan kami kelak, akan berjalan lancar dan penuh berkat.” 

Hana Ismail menambah, tarikh pernikahan dengan Dai Syed akan dihebakan dalam masa yang terdekat kelak.