“Hanya ajal memisahkan kita” Ini luahan Nynaa Harizal

6,930 views

Pelakon sedang meningkat naik Nynaa Harizal dan suaminya Fahmi Ilyas menjadi tumpuan sejak kahir-kahir ini kerana isu yang melanda perkahwinan mereka.

Namun pasangan ini menjadi fokus utama lensa kamera para petugas media setelah hadir di mahkamah semalam, bersama-sama dan saling berpegangan tangan.

Pasangan ini telah kembali bersama dan telah berbaik semula, ianya disahkan oleh mereka semalam.

Jika dilihat di laman Instagram pasangan ini, kedua mereka ada muatnaik foto bersama. Fahmi Ilyas upload sekeping foto bersama isterinya itu di dalam kereta.

Ini tulis Fahmi: “Welcome back, hello my wife, Nynaa Harizal.

Fahmi juga ada muatnaik video dirinya dan Nynaa bersama keluarga, bermain game bersama.

Dalam pada itu, melihat Ig milik Nynaa, finalis Dewi Remaja ini telah upload sekeping foto perkahwian dengan caption menyatakan kesyukuran.

Nynaa bersyukur telah menerima jawapan dan mengatakan hanya ajal yang dapat memisahkan dia dan suami.

“Syukur alhamdulillah doa saya telah menerima jawapannya dari Illahi.  Saya rasa amat bersyukur kerana telah kembali ke tempat yang saya sepatutnya berada.”

Pelakon ini turut menyatakan rasa cinta kepada suaminya.

“Ungkapan kata-kata tak dapat gambarkan betapa bermakna diri kamu kepada saya. Saya cintai kamu sangat, suamiku, Fahmi Ilyas. Hanya ajal yang mampu memisahkan kita.”

Itulah caption dari Nynaa Harizal setelah kembali bersama suaminya.

Semalam, Fahmi Ilyas ada mengatakan dia dan Nynaa akan buat satu press conference khas untuk bercerita tentang kejadian sebenar yang terjadi.

Buat masa sekarang, Fahmi Ilyas ada menggambarkan, apa yang terjadi kepada dirinya umpama dalam drama Bollywood.

Diimbas kembali, Nynaa Harizal artis kelahiran rancangan Dewi Remaja, telah bernikah dengan Fahmi Ilyas pada bulan Ogos yang lalu. Sepanjang menceburi bidang seni, Nynaa pernah berlakon dalam beberapa drama seperti Dear Cinta, Romantika Empat Hari Tiga Malam, dan One Two Hantu.