Sedang dipuji melambung, ini peringatan diri untuk Aliff Aziz

2,214 views

Pentas Gegar Vaganza kembali lagi di musim kelapan. Kini dah masuk dua minggu rancangan ini berlangsung, dan sudah tentu nama paling menyerlah ialah Aliff Aziz.

Dua minggu berturut-turut Aliff Aziz memberi persembahan yang memukau juri dan mendapat pungutan markah tertinggi.

Akan tetapi, Aliff Aziz mengingatkan diri sendiri dan tak mahu terus dibuai dengan pujian yang diberikan.

Menerusi satu entry, Aliff Aziz memberi ingatan kepada dirinya sendiri bahawa jangan terleka, dan kena ingat tanpa kurniaan dari Illahi, semua ini tak akan berlaku.

Satu peringatan kepada diri sendiri, sentiasa ingat, tanpa Allah, saya ini bukannya sesiapa.” Itu yang ditulis oleh suami kepada Bella Aziz ini.

Sebelum ini, Aliff mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya dalam rancangan Gegar Vaganza ini.

Syukur alhamdulillah ala kulli hal. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua yang sentiasa menitipkan doa dan beri sokongan padu, sentias support. Memag terharu, rezeki bersama. Terima kasih semua. Tak lupa kepada isteri, terima kasih once again my love, Bella Astillah.

Status dari Aliff Aziz yang sentiasa beringat kepada Tuhan yang maha esa, membuatkan para peminatnya tersentuh.

Smemangnya semua setuju dengan kata-katanya itu dan ramai menulis komen agar Aliff terus mendapat redha serta terus istiqamah. Ini antara komen dari followernya.

Pengguna bernama Yuzainihasbullah menulis: “Nampak sangat perubahannya bersih, dan penuh kematangan. Semoga terus istiqamah di dalam penghijrahan yang diredhai. Sama-sama juga untuk kita semua amin.”

Pada bulan Ogos tahun ini, Aliff telah berhijrah dan sertai aktiviti tabligh untuk belajar agam dan dekatkan diri dengan Allah.

Aliff Aziz dan Bella Astillah bernikah llima tahun yang lalu dan mempunyai dua orang cahaya mata.

Untuk info, Gegar Vaganza musim ke lapan menyaksikan Aliff Aziz bersaing sengit dengan penyanyi Adibah Noor dan juga beberapa nama besar lain seperti Bandi, Suki, Aweera, Nikki, Fazley Yaakob, Nico, Azan Scan, Ani Mayuni, Shidee, Upiak, Saiful Apek dan Yassin.