Siti Saleha hadir di mahkamah, peguam dedah punca pelakon ini tuntut perpisahan

7,909 views

Sebelum ini diketahui bahawa pelakon Siti Saleha ada failkan satu tuntutan mahu berpisah dengan suaminya Ahmad Lutfi Azhar.

Pada hari ini, Siti Saleha telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang bersama peguam dan juga ibu bapanya.

Sekitar jam 9 setengah pagi, kelihatan Siti Saleha tiba di mahkamah, memakai baju kurung hitam sambil ditemani ibu dan juga bapanya.

Siti Saleha hadir untuk prosiding mendengar laporan Jawatan Kuasa Pendamai melibatkan tuntutannya untuk berpisah.

Namun begitu, ianya telah ditangguhkan pada 17 Januari tahun depan kerana Ahmad Lutfi dan wakil tak hadir kerana berada di luar negara.

Peguam Siti Saleha, Azmi Mohd Rais turut memberitahu bahawa punca tuntutan dibuat oleh Siti Saleha kerana mereka sudah tidak ada lagi persefahaman.

“Prosiding diadakan hari ini untuk menilai proses JKP namun ianya telah ditangguhkan pada tarikh 17 Januari sebab defendan dan wakil JKP tidak hadir.”

“Defendan dan wakil tak dapat hadir pada sesi ditetapkan sebelum ini dikatakan kerana sedang berada di luar negara.”

“JKP akan dibuat sekali lagi sebelum tarikh 17 Januari dan pihak hakim akan baca report tersebut dan akan menilai sama ada perintah shiqaq perlu dikeluarkan dan seterusnya pelantikan hakam.”

Tiada persefahaman antara Siti Saleh dikatakan menjadi punca pelakon itu tekad untuk membuat tuntutan berpisah dengan suaminya.

“Itu no komen, tak persefahaman, itu antaranya lah.” Kata dari peguam Siti Saleha.

Untuk info, Siti Saleha dan Ahmad Lutfi berkahwin pada tarikh 28 Julai 2017. Sepanjang perkahwinan selama empat tahun ini, kedua mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata.

Kira-kira bulan Oktober yang lalu, Siti Saleha mengejutkan orang ramai apabila hadir ke mahkamah untuk prosiding atas tuntutan perpisahan yang difailkan olehnya. Siti Saleha merupakan adik kepada penyanyi terkenal iaitu Sam, vokalis kumpulan Bunkface.