“Hanya Allah tahu isi hati saya” Akhirnya Nonny Nadirah beri kenyataan

3,288 views

Menjelangkan bulan mulia, bulan Ramadhan, akhirnya pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah tampil memberi sedikit kenyataan tentang apa yang berlaku kepadanya.

Nonny akui kesilapan diri dan memohon kemaafan di atas semua perkara yang dilakukannya.

Selebriti yang kini berumur 32 tahun, turut meminta orang ramai semua agar dapat mendoakan yang baik-baik saja buat dirinya.

Jelas Nonny, dia tak mahu bercerita lanjut tentang apa yang berlaku pada dirinya, biarlah hanya tuhan saja yang tahu.

“Salam, saya rindu pada semua. Sempena kehadiran bulan Ramadan ini, saya Nonny Nadirah mahu meminta maaf di atas semua salah saya yang terang dan juga yang tersembunyi.”

“Doakan yang terbaik kepada saya. Semuanya saya sayang semua kerana Allah. Family semua, rakan-rakan, peminat, saya minta maaf dan mahu ucap terima kasih untuk segalanya.”

“Saya simpan komen saya, hanya Allah saja yang tahu semua isi hati saya. Minta maaf sekali lagi.”

“Hal yang baik kita ambil sebab semua itu datangnya dari Allah. Yang tak baik itu pula datangnya daru diri saya.”

“Setiap orang jalani fasa ujian yang berbeza dan berlainan. Segala yang korang cakap tu, saya terima dengan hati terbuka. Saya sentiasa sayang semuanya. Selamat jalani ibadah puasa semua. Take care.”

Kemudian Nonny turut ada muatnaik lagu nyanyian Yassin berjudul Nur Kasih dengan caption meminta agar dirinya pergi dari dunia ini dengan pengakhiran yang baik.

“Tahlil diri sendiri dulu sebelum kita ditahlilkan, Yassin. Ya Allah matikanlah aku disebaik-baik kesudahan, dan janganlah Engkau matikan aku dengan seburuk-buruk keadaan. Diriku ini amat berharap pada husnul khatimah daripada dirimu.”

“Manisnya iman, ampunkanlah diriku ni Ya Allah. Berikan kejayaan dan bahagiakanlah diriku ini di dunia dan juga di akhirat kelak. Semuanya dengan izinmu.”

Itulah yang ditulis oleh Nonny Nadirah di laman IG miliknya. Nonny telahpun delete semua video dan foto viral yang menunjukkan dirinya tidak berhijab.