Mira Filzah sedih tak dapat sahur dan berbuka bersama suami

3,585 views

Bagi pasangan yang baru berkahwin, bulan Ramadhan sudah tentu akan berbeza. Dulu puasa seorang, kini dah ada pasangan.

Kegembiraan menyambut kedatangan bulan Ramadhan ini suatu yang indah buat pasangan pengantin baru, satu pengalaman baru dapat dirasai.

Aktiviti bersahur, persediaan makanan, berbuka puasa dan solat terawih bersama dengan pasangan, memang satu aktivit yang amat seronok buat pengantin baru.

Begitulah yang ingin dirasai oleh pelakon Mira Filzah yang kali pertama menyambut bulan Ramadhan sebagai seorang isteri.

Namun Mira Filzah terpaksa berputih mata kerana dia tak dapat nak melakukan pelbagai aktivit bersama suami termasuk berbuka bersama kerana tuntutan kerjanya.

Ternyata Mira sedih sebab hanya dapat sahur serta berbuka bersama suami dan keluarganya beberapa kali sahaja.

Ini merupakan tahun pertama saya berpuasa bergelar sebagai seorang isteri. Sebelum kahwin memang sudah fikir macam-macam. Kat fikiran saya dah set, nanti ketika bulan puasa mesti banyak benda nak kena buat. Kalau dah kahwin, tak ada dah bangun sahur je terus makan sebab Mak dah siap hidang, tak ada lagi masa berbuka tolong kacau gulai je sambil teman Mak saya masak.”

Kalau dah kahwin lain dah tanggungjawab dan tugas. Kena fikir sahur nak makan apa, berbuka makan apa, dan kenalah belajar masak tanpa kena rasa masakan. Saya ni sejenis kalau setiap kali masak nak kena rasa sampai tiga empat kali, baru ada confident.”

Namun bila tengok jadual penggambaran saya dah anjak sampai masuk akhir bulan ramadhan. Ini kerana MCO hari tu. Bukannya ada salah sesiapa. Mungkin tahun ni boleh kira berapa kali je dapat sahur dan berbuka bersama Emir, Mak, Abah, family saya termasuk Atuk dan Opah lagilah. Tak dapat nak balik kampung. Heartbroken. Saya pergi outstation. Namun tak mengapalah, kerja pun satu tanggungjawab dan ibadah dengan niat yang betul.”

Sorry sayang Wan Emir. Terima kasih sebab faham. Semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah. Tahniah di atas app baru. Korang boleh download app ‘Terteel’, app yang Emir usahakan.”

Apapun semoga maju jaya buat Mira Filzah di atas segala kerjanya. Juga semoga terus bahagia bersama suami tercinta.