Rakan sekelas mengejek anak perempuan Shuib “Padan muka ibu dah meninggal”

2,426 views

Kehilangan ibu yang pergi buat selamanya memang satu dugaan buat anak-anak apatah lagi mereka yang masih kecil.

Masih dahagakan kasih sayang ibu, anak-anak ini harus diberi kasih sayang sepenuhnya dari orang sekeliling.

Namun di zaman yang moden ini, masih ada lagi anak-anak yang terkena ejekan dari rakan sebaya berkaitan kehilangan ibu mahu pun bapa.

Itulah yang terjadi dan berlaku kepada anak perempuan Shuib dan juga arwah Siti Sarah iaitu Talita.

Di umur 9 tahun, Talita atau Dekta telah menjadi tempat usikan atau ejekkan dari rakan sekelasnya yang berkata padan muka kepadanya kerana sudah tak ada ibu lagi.

Hal ini diceritakan oleh Makder iaitu isteri kepada Raissuddin, yang juga mak tiri arwah Siti Sarah.

“Balik saja dari sekolah hari ni, anak-anak ni semua datang ke office. Masa tengah nak ambil makanan untuk makan, akhirnya Talita buka cerita dan dia mengadu ada rakan sekelas yang suka cakap benda yang tak baik kat dia.”

Makder kemudian bertanya kepada Talita, apa yang rakannya cakap padanya.

Ini jawapan dari Talita: “Dia kata padan muka mak dah meninggal. Semalam dia ada cakap.”

Makder kemudian terus bertanya siapakah nama budak yang bercakap kepadanya seperti itu.

Di ruangan komen, rata-rata melahirkan rasa kurang senang dengan sikap kanak-kanak yang masih lagi suka membudayakan ejek mengejek ini.

“Geram budak-budak ni. lagi yang suka cakap pasal ibu bapa. Pastu cakap pasal yang dah tak ada pula tu.”

“Kesiannya. Ni memang dah kena bagitahu cikgu, kena tengok budak jenis macam ni, memang tak ada adab ni.”

“Tak tahu lah nak cakap camna budak generasi sekarang ni, memang lain macam. Risau tengok. Sabar ya Talita.”

Selain itu, ramai juga yang meminta hal ini dimaklumkan kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutkan agar pelajar seperti Talita tidak terus rasa sayu dan tertekan untuk ke sekolah.