Ramai mengejek, sindir Ali tentang isu tabur garam, ini respon terbaru Ali Puteh

87,682 views

Semalam isu melibatkan keluarga arwah Abam kembali jadi perbualan ramai. Hal ini melibatkan balu Abam iaitu Hidayah dan juga adik Abam iaitu Ali pelawak dari kumpulan Puteh. 

Kedua mereka iaitu Ali Puteh dan juga Hidayah ada muatnaik video tentang rumah arwah Abam.

Hidayah dan peguam datang di waktu pagi hari Jumaat, untuk menjegok rumah namun tiada yang membuka pintu memandangkan Hidayah tiada kuncinya.

Selepas Hidayah dan peguam pulang, Ali pula datang dan mengatakan ada benda pelik berlaku iaitu garam ditabur di sekeliling rumah arwah Abam selepas Hidayah datang.

Namun begitu, dapat dilihat netizen lebih memihak kepada Hidayah dalam hal ini. 

Ada menulis komen mengatakan garam bukannya sebagai penyihir tetapi lebih kepada pematah untuk sihir itu, pendek kata macam pagar kepada rumah itu. 

Sebahagian dilihat menyindir Ali Puteh kerana isu garam ini dan tak kurang juga memintanya cepat membayar saman serta mengemas kawasan rumah arwah Abam itu. 

Tak kurang juga ada yang mengejek Ali Puteh dan menjadikannya bahan jenaka dek kerana isu garam berkenaan. 

Melihat hal ini, Ali Puteh telah memberi respon balas. 

Kata Ali Puteh lagi, hanya dia dan family yang terkena dan dah lalui hal ini. 

Malah Ali juga berkata dia dah pulang kan semula barang berkenaan iaitu garam serta keluit dan daun yang mencurigakan itu. 

“Gelak tawalah kepada mereka yang sindir saya tentang barang garam limau dan juga bangkai haiwan itu.” 

“Sampai ada yang mengejek jadi bahan jenaka, ada yang komen ini hanya rekaan saya.”  

“Ada yang tulis, ayat macam ni, jangan lupa tambah garam dalam makanan dan masakan.” 

“Tak kena pada yang komen tu, kalau kena, barulah tahu apa yang kami sekeluarga rasa.” 

“Ini barang jangan dibuat main-main.” 

“Kepada yang tabur garam ni, kami dah pun pulangkannya, kami tak minat dengan benda macam ni.” 

“Semoga diampunkan Illahi dengan apa yang kamu buat.” 

Ini tulisan terbaru dari Ali Puteh tentang hal tabur garam dan kulit limau. 

Semuanya bermula apabila Hidayah bersama keluarga dan peguamnya datang ke rumah arwah Abam untuk melihat keadaan rumah tersebut pada hari Jumaat pagi. Hidayah ada merekod video berkenaan. 

Dari video itu, Hidayah telah hadir untuk menjengok keadaan rumah namun ianya tak berjawab. 

Kata Hidayah, walaupun ada beberapa motor dan kereta di kawasan rumah, namun ianya berkunci dan panggilan kepada penghuni rumah tak ada jawapan. 

Hidayah hanya mampu melihat keadaan di luar rumah saja dan berkata ianya dalam keadaan yang tak terurus. 

Jelas balu Abam ini, Ali Puteh pun masih belum melangsaikan bayaran mahkamah selain kunci rumah pun tidak diserahkan kepadanya. 

Ini videonya. 

@ohbulanofficial Balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali meluahkan rasa kecewa apabila kehadiran dirinya di rumah peninggalan tidak dilayan #ohbulan #fyp #viral #sembangentertainment #hidayah #tuntut #aliputeh #beritatiktok ♬ original sound – Ohbulan

Selepas Hidayah pulang, kali ini giliran Ali Puteh pula buat video. Ali telah hadir ke rumah berkenaan setelah diberitahu kehadiran Hidayah bersama peguam. 

Ali Puteh merekod video dan mengatakan dia terlihat ada taburan garam serta kulit dan daun yang amat mencurigakan selepas Hidayah pulang. 

Dari video itu, Ali mempersoalkan mengapa Hidayah berbuat sedemikian dan menyatakan ianya adalah satu kurafat dan sihir. 

Selain itu, Ali juga berkata dia dah lama berdiam diri dan akui ada terjumpa barang yang mencurgakan dan pelik di bilik semasa mengemas rumah selepas pemergian Abam 3 tahun lalu. 

Ini videonya. 

Ali Puteh dan Hidayah Abam dah pun naik mahkamah sebelum ini dan Ali telah tewas dan diarahkan membayar RM60ribu kepada Hidayah.