“Banyak lagi saya perlu pelajari..” Diana Amir

691 views

Pelakon Diana Amir kini telah pun berhijrah ke arah yang lebih baik. Diana Amir telah pun memakai hijab dan kemudian berpurdah atau mengenakan niqab, satu penghijrahan yang amat besar buat dirinya. 

Mempunyai persamaan dengan Neelofa yang mana kedua mereka memakai niqab, Diana Amir telah dijemput ke rancangan yang dikelolakan oleh Lofa iaitu Next To Neelofa. 

Sememangnya Diana Amir bersyukur diundang ke program Neelofa itu untuk berbual dan berbicara. 

Dikatakan Neelofa, Diana Amir dipilih sebagai tetamu jemputan kerana mempunyai pengalaman sebagai selebriti yang memakai niqab dan masih lagi aktif dalam dunia seni. 

Apapun, kata Diana sehingga kini, masih lagi ada banyak perkara yang perlu dipelajari olehnya, termasuklah belajar dari Neelofa juga.  

Diana tetap bersyukur dapat bercerita kisahnya di program Neelofa itu. 

“Syukur alhamdulillah, Neelofa jemput saya jadi guest dia pada hari ini. Neelofa cakap dan beritahu sebab saya ni juga seorang  niqabis dan dari industri yang sama dengannya, jadi saya juga akan tahu dan faham betapa susah payah keadaan ini.” 

“Sebenarnya saya juga masih lagi banyak yang perlu dipelajari. Syukur dapat cerita pengalaman serta pendapat saya, malahan saya juga dapat belajar sesuatu dari Neelofa.” 

Melihat diruangan komen, rata-rata peminat Diana Amir terpegun dan kagum dengan keadaan merendah diri Diana Amir. 

Perubahan yang dilakukannya benar-benar berubah 360 darjah, dan ramai yang rasai keikhlasannya. 

Sungguhpun sudah berniqab, Diana Amir kini juga mempunyai bual bicara sendiri setelah dipilih menjadi hos untuk rancangan berjudul Majlis Ibu di laman media Tick Talk TV, ada di facebook setiap hari Jumaat. 

Program kendalian Diana Amir ini turut ada menampilkan selebriti jemputan yang berhijrah sebagai tetamu seperti Datin Lisa Surihani, dan juga Irma Hasmie.