“I lost my grandma” Nenek Caprice pergi buat selamanya, takziah

1,027 views

Nama penyanyi Caprice sedang viral di Malaysia. Isu yang melanda Caprice dengan pendakwah terkemuka, Ustaz Ebit Lew ketika misi bantuan di Gaza, membuatkan kedua mereka menjadi topic utama di media sejak dua menjak ini.

Masih lagi berada di negara orang, Caprice telah muatnaik satu update berkenaan keluarganya. Penyanyi ini mengesahkan bahawa neneknya sudah pergi buat selamanya.

Berita berkenaan disahkan oleh Caprice menerusi satu entry di laman Instagram miliknya sekitar jam 1 petang tadi, 27 Julai.

Melalui entry berkenaan, Caprice mengatakan dia sudah kehilangan neneknya pada waktu Subuh.

Maka segala janji dan impian untuk meletakkan neneknya itu bersama ibu bapa di satu rumah telah hilang.

Caprice juga mengatakan janjinya untuk bawa jodoh bertemu neneknya juga tak kesampaian.

Penyanyi ini meminta maaf kepada neneknya itu kerana banyak janji yang tidak dapat ditunaikan. Ini tulisan dari Caprice.

Pada pagi ini, sekitar waktu Subuh, saya telah kehilangan nenek saya yang tersayang. Saya juga telah hilang impian dan janji untuk bawa nenek tinggal di rumah bersama ibu bapa saya di Kuala Lumpur.

Saya juga hilang impian dan janji yang mana satu hari nanti saya akan bawa pulang jodoh da nana-anak untuk membuat nenek saya bangga.

Saya minta maaf sangat bahawa saya tak dapat nak tunaikan semuanya, tak dapat nak lengkapkan segala janji dan tak dapat bersama kamu hari ini, Al fatihah.

Caprice turut muatnaik gambar emoji patah hati di captionnya itu. Diruangan komen, ramai yang mula menulis ucapan takziah di atas berita duka berkenaan.

Sama-sama kita doakan untuk arwah nenek Caprice, dan semoga penyanyi ini akan terus kuat untuk laksanakan misinya di Egypt, jauh di tempat orang.