Tiga bulan tak jumpa anak bongsu, akhirnya Fiza dapat bertemu

1,483 views

Rindu pada anak akhirnya berakhir, itulah yang dirasai oleh penyanyi dan pelakon Fiza Elite. Setelah tak dapat bertemu dengan anak bongsunya selama hampir tiga bulan kerana berlakunya arahan PKP, akhirnya Fiza dapat juga berjumpa dengan anaknya itu, semalam.

Fiza terus muatnaik foto dan gambar terkini bersama anaknya itu di laman media sosial.

“Dah hampir 3 bulan kami tak dapat berjumpa disebabkan adanya Perintah Kawalan Pergerakkan. Semua yang berlaku telah pun tertulis.”

“Memang ada yang kata-kata tak elok pada saya. Macam-macam yang saya terima. Namun saya hanya diamkan diri dan tak mahu cakap apa-apa, biarlah.”

“Pendapat saya, ini merupakan satu ujian dan bahagian saya. Hany redha dan pasrah dengan segala yang dah tertulis pada hidup saya. Hidup kena diteruskan. Saya hanya manusia biasa yang lemah dan selalu buat kesilapan.”

Fiza sempat menulis tentang kisah hidupnya dan mengatakan sebagai wanita, sekiranya sudah mempunyai cahaya mata, mana ada ibu yang nak kan berpisah dengan anak.

“Tak ada mana-mana wanita yang mahukan perpisahan. Namun segala ketentuan dari Illahi tiad ayang tahu. Takkan ada seorang ibu nak berjauhan dengan anaknya. Sedih saya ni siapa yang tahu?”

“Hari ni akhirnya Tuhan dah makbulkan doa saya untuk bertemu dengan nyawa saya ni. Terima kasih ya Allah di atas nikmat ini.”

Di akhir captionnya itu, Fiza turut menulis ucapan terima kasih kepada rakan artis Saiful Apek an Emy Amoi kerana meyokongnya.

“Sabar itu amat bermakna, jika jatuh sebab manusia kena bangkit kerana maha pencipta. Terima Saiful Apek dan Emy Amoi sebab selalu ada dengan saya, hanya Allah yang lebih mengetahui.”

Fiza sebelum ini mengakui sudah berpisah dengan suaminya seorang pilot bernama Aizat. Ini merupakan perkahwinan dan perpisahannya yang ketiga.