Ibu Ashraf Sinclair rindu sangat, sampai terbayang arwah

3,569 views

Sudah pasti ibu adalah orang yang paling terkesan apabila kehilangan anak tersayang selain daripada isteri.

Itulah perasaan ibu kepada pelakon arwah Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman atau lebih mesra dikenali sebagai Dida.

Dida iaitu ibu Ashraf telah meluahkan bahawa dia seolah-olah mendengar suara anaknya itu sedang memangil dirinya di rumah.

Selepas selesai dengan pelbagai urusan pengebumian anak tersayang dari Jakarta, Dida memberitahu bahawa dia boleh menjalani kehidupan dirinya seperti biasa.

Namun hati ibu mana yang tidak bersedih dengan kehilangan anak yang begitu besar dalam dirinya. Ini luahan dari ibu Ashraf:

 “Tak ada sebarang perkataan yg dapat gambarkan kehilangan seperti ini. Kalau hilang beg, awak boleh cari, namun ini amat beza.

“Saya nak sangat peluk dia (arwah) sekarang ini, itu perasaan saya. Dengan jujur, agak sukar nak terima. Bila saya balik ke rumah, saya macam ada terdengar suara Ashraf. Saya seorang yang visual, saya seperti lihat dia turun tangga sambil panggil ummi, ummi. Ashraf macam ada kat sini, namun begitu sebenarnya dia dah tak ada dah. tetapi tak apa, Insyaallah, dia sedang menuju ke syurga.

“Sejak kecil, Ashraf adalah seorang anak yang digemari oleh orang ramai. Sejak dari lahir, dia asyik didukung ramai orang. Saya ingat masa dia empat bulan, ibu saya (nenek Ashraf) meninggal dunia. Saya tidak sedar Ashraf hilang dari radar, rupanya dia dah dijaga oleh ibu saudara nya yang lain.

“Jika kat sekolah pun sama, arwah Ashraf memang amat disukai ramai. Mana dia tuju, dia akan kawan dgn semua. Dia selalu tambah kebahagiaan dalam hidup orang lain, itulah diri Ashraf,”

Ibu arwah menerangkan itulah sikap arwah yang sangat disenangi oleh semua orang sejak dari kecil lagi. Tambah Dida lagi dia kini kuat dalam mengharungi ujian dan sangat berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan anaknya itu.