Azwan Ali sembur Sepahtu, tak datang majlis nikah Mamat

5,557 views

Azwan Ali nama yang cukup sinonim dengan pelbagai isu panas yang melanda. Yang terbaru, sebelum ini, dunia seni tanah air digemparkan dengan berita bahawa DS Vida telah pun meneruskan saman terhadap Azwan Ali kerana dia buat hal dan telah membakar minyak wangi pemberian miliknya serta memperkatakan sesuatu tentang arwah anak Dato Seri Vida.

Kali ini pula nama Azwan Ali sekali lagi hangat menjadi bualan di media sosial dan ianya berkaitan dengan kumpulan pelawak Sepahtu.

Azwan Ali atau lebih suka digelar sebagai Diva AA selalunya menjadi bahan ajukan ramai netizen dan orang lain kerana gaya serta percakapan yang pedas dan langsung tidak bertapis.

Terkini Azwan Ali telah bertindak memuat naik satu tweet di laman sosial miliknya yang mana dia dilihat seakan marah terhadap Jep dan Shuib.

Ini adalah kerana berpunca daripada Diva AA dikatakan telah sakit hati apabila gayanya telah ditiru serta diajuk-ajukan oleh Jep dalam satu episod rancangan Sepahtu Reunion. Azwan Ali telah mengeluarkan kata-kata pedas terhadap pelawak tersebut.

Memang ramai yang terhibur melihat Jep mengajuk dan buat parody jadi Azwan Ali apabila Cik Bi anak kepada Dato Seri Vida dating sebagai cameo di rancangan Sepahtu Reunion. See my level dan membawa monopod antara yang diajuk oleh Jep Sepahtu dalam episode berkenaan.

Selain itu juga, Azwan Ali juga turut mengutuk tindakan Jep dan Shuib kerana tidak datang ke majlis kahwin Mamat yang juga merupakan kawan dan ahli kumpulan Sepah.

Diva Azwan Ali telah pergi ke majlis perkahwinan Mamat dan pasangannya bernama Diana.

Ada netizen mengatakan, Azwan Ali ke sana sebab ambil job dari Azwan Ali da nada netizen memperlekehkan kedatangan Diva AA ke majlis pernikahan Mamat Sepah.

Jelas Azwan Ali lagi dia pergi dan mengambil job dari Mamat Sepah kerana ia adalah duit halal dan bertegas mengatakan bahawa dia tetap kaya.