Ibu Shila Amzah dedah kejadian menimpa anak lelakinya “Dia dipaksa minta maaf”

4,650 views

Setelah beberapa minggu lafz dilafazkan oleh Datuk Nd Lala ke atas Fauziah, ibu kepada Shila Amzah ini telah menulis nukilan hatinya yang dah terbuku. 

Fauziah yang mesra disapa dengan nama Kak Zie telah menggunakan akaunnya iaitu Mamazie untuk menceritakan kisah yang berlaku sejak tahun 2019. 

Setelah menerima kekuatan, akhirnya Mamazie menceritakan kisah ornag ketiga dalam rumah tangganya. 

TAK PERNAH TERFIKIR PERKAHWINAN AKAN BERAKHIR 

“Berkahwin sejak 19 Oktober 1989 semasa umur saya 21 tahun, saya dah cuba jadi isteri terbaik untuk suami dan sebagai seorang ibu kepada empat orang anak. Tak pernah saya terfikir bahawa noktah ikatan perkahwinan saya jadi begini kisahnya.”  

“Saya tulis nukilan ini setelah berjaya memujuk hati, dan mengutip kekuatan hasil sokongan mereka yang sentiasa berada di sisi saya, syukur kekuatan yang ada saat ini amat luar biasa.”  

“Kini tak ada lagi linangan airmata. Tiada lagi rasa menyalahkan diri sendiri. Oleh itu, saya ceritakan ini sebagai pengajaran buat kepada semua.” 

KAWAN BAIK SHILA AMZAH  

“Tak mudah untuk saya setelah mendapat tahu seorang perempuan, sebaya anak sulung saya, malah lebih tepat merupakan best friend forever anak saya dari form 1 sampai form 5, dikatakan dah kahwin dan ini sampai ke pengetahuan saya.”  

“Dulu berada di fasa penafian disebabkan perempuan ini sudah saya anggap macam anak sendiri, makan minum dan tidur di rumah family kami. Jika ada acara yang kami buat, dia pasti ada.” 

KISAH 2019, SHILA DAPAT INFO 

“Saya masih ingat, di tahun 2019, anak sulung saya iaitu Shila cakap yang ada orang sampaikan kepadanya yang abahnya sudah bernikah dengan perempuan ini.” 

“Namun ketika itu, dalam hati saya, saya nafikannya. Kemduian saya bertemu sendiri perempuan ini yang bekerja dengan abah anak saya ini (Nd Lala).” 

“Saya bertanya dan jawapan darinya ialah dia tidak akan melakukannya kerana dia menganggap kami suami isteri macam ibu bapanya.” 

“Hakikatnya mereka dah pun menajdi suami isteri ketika itu.” 

WANITA ITU HILANGKAN DIRI DARI KELUARGANYA 

“Saya terima info dari ahli keluarga perempuan ini bahawa dia pun dah hilangkan diri dari keluarga sejak 2016 lagi.”  

“Sepanjang tempoh inilah ikatan perkahwinan kami yang pernah melalui kehidupan yang susah dari segi ekonomi mula bergolak.”  

“Abah kepada anak saya ini sudah beberapa kali keluar rumah dan kadangkala berminggu tak pulang. Semasa masih tinggal bersama, dia kerap outstation. Setiap hari selama beberapa tahun keluar pagi pulang di waktu malam.”  

“Malahan semasa banjir besar pada hujung tahun 2021, tiada pertolongan dari ketua keluarga, langsung tak ambil kisah. Ketika itu banyak harta benda musnah.” 

HILANG AWAL TAHUN 2022, MUNCUL DI GEGAR VAGANZA  

“Abah anak saya ini kemudian hilangkan diri selama hampir setahun sejak 28 Januari 2022. Panggilan telefon, mesej semuanya tak berjawab.” 

“Tiba-tiba dia muncul di semi final dan final apabila Shila berada di Gegar Vaganza.” 

“Ingatkan keadaan akan menjadi baik namun kerana doa, akhirnye kebenaran terkelaur satu per satu. Bukan setahun dua tapi dah lama, bertahun lamanya.” 

ND LALA SAKIT, TERBONGKAR KISAH  

“Segalanya bermula apabila anak lelaki saya membantunya ambil kereta yang ditinggalkan di Kedah kerana abah anak saya ni jatuh sakit.”  

“Kawannya menghantarnya bersama perempuan ini ke Ipoh.”  

“Kerana itu, orang di Kedah terpaksa mencari anak lelaki saya untuk ambil kereta tersebut sebab abah kepada anak saya ni tak dapat dihubungi.” 

“Anak saya ingatkan itu kereta milik abahnya, dan bermulalah kisah yang kami yakin mereka dah berkahwin.” 

BEG BERCAMPUR, KERETA BAGAI RUMAH 

“Bagaimanakah perasaan seorang isteri apabila ditemui beg pakaian yang bercampur antara baju suami dan perempuan lain dalam luggage yang sama.” 

“Kereta pula macam rumah, pakaian dobi, barang lain penuh satu kereta. Tidak perlulah dinyatakan detail. Semua ini saya dan anak-anak jadi saksi.” 

KES KERETA, REPORT POLIS 

“Yang paling melumatkan jiwa, anak lelaki saya pula dah dituduh melarikan kereta atas nama perempuan ini.”  

“Kereta ini ada saja dirumah saya sejak bulan Disember dan semasa itu pun, abah anak saya ni ada tinggal dengan kami.” 

“Abah anak saya ni tinggal bersama kami pada 23 Januari sehingga 1 April yang lepas. Sepanjang waktu ini kereta yang anak saya ambil ni sentiasa saja ada di depan rumah.” 

“Tak lama, anak saya ada terima panggilan dari polis. Perempuan itu membuat laporan kepada polis mengatakan anak saya mencuri kereta. Perempuan ni mengarahkan abah anak-anak saya ini supaya anak saya sendiri kena pulangkan kereta itu kepada perempuan tersebut.” 

“Abah anak saya dilihat hanya menurut arahan dari perempuan ini. Teraling sedih semasa serahkan kembali kereta ini anak saya telah dipaksa mengaku kesilapan dan kena mintak maaf secara bertulis dan perlu menandatangani surat di depan bapa kandungnya sendiri.” 

“Arahan dari perempuan ni diikuti saja sambil abah anak saya disuruh record menggunakan phone perempuan ini.” 

Mamazie juga ada muatnaik gambar dikatakan ketika anak lelakinya itu meminta maaf kepada wanita berkenaan. Gambarnya di bawah.

Gambar dimuatnaik Mamazie, ketika anak lelaki minta maaf

CORETAN INI JADI PENGAJARAN  

“Saya dah terima takdir yang tertulis buat saya apabila 34 tahun usia perkahwinan kami dinoktahkan secara kiriman mesej suara pada 8 Ogos lalu, lafaz dibuat pada 2 Ogos lalu, sebelum Shila dinikahkan sendiri oleh abahnya pada 5 Ogos.” 

“Coretan dari saya ini sebagai pengajaran agar wanita-wanita di luar sana lebih waspada dengan sesiapa yang mungkin kita anggap sebagai kakak, adik, anak atau sahabat.” 

“Jangan diberi ruang yang terlalu luas sehingga mata kita menjadi kabur melihat drama yang akan diciptakan manusia seperti ini.” 

“Jadi baik dan mahu bersangka positif itu kena ada kimit yang ketara.” 

Itulah luahan hati yang terbuku di dalam hati Mamazie, ibu Shila Amzah, bekas isteri Datuk Nd Lala. 

Mamazie juga berterima kasih di atas segala ucapan serta sokongan yang diterima dari pelbagai pihak sejak kisahnya diketahui umum.