“Dia mengaku memang dah kahwin dengan Munirah” Ibu Shila Amzah

49,391 views

Susulan pengumuman dari bekas isteri Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman atau Mamazie tentang dirinya kini bukan lagi isteri kepada penyanyi berkenaan, ibu kepada Shila Amzah ini sekali lagi tampil menjelaskan apa yang terjadi. 

Melalui laporan Harian Metro, wanita berumur 55 tahun berkata, dia telah berjuang untuk pertahankan rumah tangga, namun ternyata tidak berjaya. 

“Saya dah buat pelbagai ikhtiar, sudah berjuang macam-macam. Memang dah penat berjuang seorang diri.” 

“Kini dah sampai masanya untuk lepaskan dia. Bukan sebagai tanda mengalah tetapi saya dah tak kuasa. Siapa nak ambil, boleh ambillah.” 

Bukan tempoh yang sekejap, Fauziah memberitahu, sejak 10 tahun ini, dirinya bagai tak dihargai. 

Malah Fauziah mendakwa bagaikan digantung tak bertali sejak tahun 2022 lagi.  

“Saya digantung tak bertali dan ini terjadi sejak tahun 2022.” 

“Memang dia hanya fokus kepada wanita itu dan bahasa kasarnya memang dia buang anak isterinya mcam tu saja. Dia memang buang kami sebab dia kahwin lain.” 

Kata ibu kepada Shila dan Syada Amzah ini lagi, rakannya pernah memaklumkan bahawa mulanya ND Lala tak mahu melepaskannya. 

“Ada seorang rakannya berkata yang dia tak akan menceraikan saya. Namun jika saya minta cerai, dia mungkin akan ceraikan.” 

“Dia pernah memberitahu dengan rakan itu, walau apapun dia takkan menceraikan saya.” 

Fauziah akui ND Lala ada pulang ke rumah selama tiga bulan pada bulan Januari tahun ini. Namun apa yang terjadi mereka kerap berkelahi. 

“Dia ada balik tiga bulan hari itu, dan kehidupan saya huru hara.” 

“Kami telah bergaduh besar 1 April 2023 dan abang ND entah macam mana buat pengakuan memang dah kahwin dengan Siti Munirah pada Disember yang lepas.” 

Namun Fauziah mendakwa, ND Lala berbohong kerana ada yang mendakwa mereka dah berkahwin lebih lama. 

“Dia menipu saya cakap bulan Disember. Mungkin dia daftarkan bulan Disember tetapi menurut sumber, dia dah kahwin lama iaitu sudah lapan tahun.” 

“Bapa kepada perempuan ini menikahkan mereka. Apabila saya semak di pejabat Wilayah dan Selangor tiada pun pendaftaran perkahwinan yang dibuat.” 

Itulah kenyataan dari Fauziah Sarman yang menggunakan nama Mamazie di laman media sosial. 

Dato ND Lala dikatakan telah melafazkan talak terhadap ibu Shila Amzah ini pada 2 Februari di sebuah masjid di Bangsar dan memaklumkan kepada Fauziah Sarman beberapa hari yang lalu melalui pesanan suara.