Syamsul Yusof, Ira Kazar bercerai? Tiada persefahaman?

1,738 views

Tiada persefahaman lagi, itulah kenyataan yang ditulis oleh portal harian Metro dan Utusan tentang kisah rumah tangga melibatkan pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof dan isterinya Ira Kazar. 

Memetik laporan berkenaan, Syamsul Yusof, 40 tahun dikatakan telah pun memfailkan penceraian ke atas isterinya itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, pada hari ini, Isnin 19 Ogos. 

Ini pula kenyatan dari satu sumber tentang punca Syamsul Yusof, Ira Kazar bercerai. 

“Sudah tak ada lagi persefahaman di dalam perkahwinan mereka.” 

Tak lama kemudian, pihak peguam yang mewakili Syamsul Yusof telah pun mengesahkan bahawa pengarah berkenaan memang dah menfailkan pencerian ke atas Ira Kazar.

Malah hal ini pun ditanya kepada ibu bapa Syamsul Yusof.

Ini respon Datin Patimah dan Datuk Yusof Haslam serta pihak peguam (BACA SINI)

Sehingga kini, belum lagi ada sebarang kenyataan rasmi mahu pun sebarang respon dari pihak Syamsul atau Ira Kazar. 

Mengimbas kembali, sebelum ini pun ada ura-ura bertebaran mengatakan bahawa perkahwinan mereka alami keretakkan, namun tiada sebarang berita lanjut. 

Hari ini, setelah lama mendiamkan diri, Ira Kazar juga ada muatnaik foto di Ig miliknya, setelah hampir setahun menyepi. 

Ira memuatnaik foto bersama kuda. 

Kisah Syamsul Yusof menjadi tular sejak beberapa tahun ini, apabila perkahwinannya dengan Puteri Sarah berakhir setelah dia berkahwin di Thailand dengan Ira Kazar. 

Syamsul dan Ira berkahwin di Thailand pada bulan Januari 2024. 

Syamsul kemudiannya menceraikan Puteri Sarah secara reasmi pada bulan Jun yang lalu, setelah Sarah nekad menfailkan penceraian. 

Tidak terhenti di situ saja, kisah Syamsul dan keluarganya terutama dengan ibu bapanya turut mendapat perhatian. 

Apapun, kita tunggu laporan rasmi yang bakal menyusul dari Syamsul Yusof kelak.