Identiti penunggang motor diketahui, pemuda dari Kedah, kerja di KL sebagai penghantar makanan

2,197 views

Dalam inseiden kapal terbang terhempas di Elmina Shah Alam semalam, antara dua mangsa yang terlibat ialah orang awam, seorang pemandu kereta manakala seorang lagi penunggang motorsikal. 

Kini identiti penunggang motor berkenaan telah pun diketahui. 

Pemuda berkenaan bernama Muhamad Hafiz Salleh yang berasal dari negeri Kedah. 

Hafiz bekerja sebagai seorang rider penghantar makanan di ibu kota. 

Hal ini disahkan oleh seorang sepupunya bernama Nurul Nazihah. 

Kata Nazihah, keluarga Hafiz telah menerima berita duka itu setelah pihak polis datang ke rumah dan menyampai berita tersebut kepadanya ibunya. 

Hafiz merupakan seorang graduan dari Uitm dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki sebagai penghantar makanan. 

Ahli keluarga memang mengetahui ada insiden kapal terbang yang berlaku, dan tak menyangka rupanya penunggang motor berkenaan ialah Muhamad Hafiz.  

“Dalam jam 4 petang tadi, saya ada melihat video nahas pesawat yang terhempas itu. Saya tengok video rider pun terlibat. Memang sedih, saya cakap dengan diri, mengapa motor tu boleh lalu kat tempat kejadian. Kesian tengok terbakar atas jalan.”  

“Kemudian selepas Maghrib baru saya tahu bahawa mangsa yang tunggang motor tu merupakan sepupu saya, namanya Apit. Polis dah datang ke rumah ibunya, sekarang ni ibunya dah dalam perjalanan ke ibu negara. Sampai sekarang saya belum lagi berani nak call ibunya. Takut dia tak boleh nak bercakap.” 

Nazihah memang rapat dengan sepupunya itu. 

Hafiz anak sulung dari 5 orang adik beradik dan ada merancang untuk balik kampung minggu depan untuk hadiri kenduri.  

“Apit kerja sebagai rider di Kuala Lumpur. Habis belajar sekitar tahun 2017.”  

“Kami memang amat rapat, baru saja jumpa di kampung masa raya haji yang lalu. Saya duduk Kulim, ibu arwah di Sidam. Kampung kami pula di Baling.” 

“Minggu depan kenduri kahwin adik dia. Patut dia balik minggu depan. Memang sedihlah. Masa raya tu lah kali terakhir kami berjumpa. Dia ni seorang soft spoken, sembang tak ada nak merapu.”  

Nazihah meminta semua pihak akan mendoakan agar arwah ditempatkan di syurga. 

Takziah diucapkan buat keluarga penunggang motorsikal berkenaan iaitu Muhamad Hafiz Bin Muhamad Salleh, sama-sama kita mendoakannya.