“Syukur berjalan lancar” Intan Najuwa selamat bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Azraf

22,580 views

Intan Najuwa, 26 tahun, kini telah pun sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman, 39 tahun pada hari ini. 

Dengan hanya sekali lafaz Azraf dan Intan Najuwa selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 6.45 petang pada Jumaat, sebentar tadi. 

Bekas mufti Johor, Datuk Dr Nooh Gadut telah menikahkan pasangan ini. 

Tarikh 18 Ogos ini memang satu moment yang bersejarah buat Intan Najuwa, apabila hari ini juga merupakan tarikh hari lahirnya. 

Majlis pernikahan antara Intan Najuwa dan Datuk Ahmad Azraf Azman telah diadakan di sebuah hotel mewah iaitu One and Only Desaru Coast di Desaru, Johor. 

Ianya hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan juga rakan terdekat, termasuklah beberpaa selebriti. 

Pengantin lelaki, Ahmad Azraf, 39, telah serahkan mas kahwin berjumlah RM20ribu manakala wang hantaran sebanyak RM222ribu. 

Angka dua untuk mas kahwin serta wang hantaran merupakan simbolik kerana itu merupakan tempoh dua tahun perkenalan pasangan ini. 

Intan Najuwa dilihat amat jelita dengan gaun pengantin berwarna putih rekaan pereka fesyen Fiziwoo serta menerima sentuhan solekan dari make up artist terkenal iaitu Datuk Alha Alfa.  

Ini beberapa foto:

Dikatakan satu majlis resepsi akan dibuat di Rimbunan Event Space, Johor Bahru, malam esok dengan tema tradisi. 

Menerusi satu temubual, Intan Najuwa memberitahu, suaminya memberi izin untuk terus bekerja dalam dunia seni selepas bergelar isteri. 

“Syukur alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan majlis ini berjalan dengan amat lancar. Doakan yang terbaik buat kami berdua dalam melayari bahtera rumah tangga ini.” 

“Walau dah bergelar isteri, Intan akan terus sambung kerjaya sebagai pelakon dan akan juga mengutamakan juga pengajian Intan.” 

“Selain itu, saya juga akan mula fokus kepada perniagaan saya sekarang ini.” 

Tahniah diucapkan buat Intan Najuwa dan juga suaminya Datuk Ahmad Azraf Azman, selamat pengantin baru.