Ini ciri utama teman hidup yang dicari Sophia Albarakbah “Saya ni pemalu”

1,832 views

Kini nama pelakon ini semakin menjadi sebutan ramai, dan pelakon yang dimaksudkan ialah Sophia Albarakbah.

Sophia Albarakbah kini sedang menempa nama menerusi drama berjudul Cinta Hilang Kata lakonan bersama Shah Jaszle, Iqram Dinzly serta Nelissa Nizam.

Memiliki wajah yang amat jelita, Sophia sebenarnya mempunyai darah kacukkan Melayu, Cina dan juga Arab.

Dengan wajah yang jelita dan nama sedang meningkat naik, sudah tentu ramai yang mahu tahu kisah peribadi Sophia Albarakbah.

Namun Sophia sebenarnya seorang yang amat menjaga hal peribadi dan jarang bercerita.

“Saya ni memang amat jaga privasi. Apa saja hal tentang keluarga termasuklah teman hidup, saya lebih suka untuk tak mendedahkan hal itu.”

“Bukan ada niat nak sembunyikan benda baik. Tapi kalau dah sampai waktu, saya akan cerita lah.”

Ditanay tentang statusnya, Sophia Albarakbah akhirnya mendedahkan bahawa dirinya masih single.

“Buat masa sekarang ini, saya memang tak ada sesiapa lagi.”

Tentang jodoh, Sophia berkata diharap akan temui seorang lelaki yang faham diri terutama kerjayanya.

“Apa yang penting, teman lelaki saya haruslah memahami cara kerja saya. Tak bolehlah ada rasa cemburu kalau saya berlakon dengan pelakon lelaki yang lain.”

“Tak kisah kalau teman lelaki ada antara kalangan orang seni mahu pun orang biasa.”

Ditanya tentang dirinya yang menjadi buruan orang kenamaan atau VIP, yang mahu berkenalan dengannya Sophie Albarakbah pun tak tahu tentang hal itu.

“Entahlah, saya pun tidak tahu menahu. Macam mana nak cakap saya ni jadi buruan, walhal banyak masa saya hanya luang kat rumah saja, kalau tak bekerja.”

“Saya bukan jenis yang suka pergi tempat hiburan. Mungkin ramai tak tahu, saya seorang pemalu dan pendiam.”

“Nak pergi berjumpa orang pun takut-takut. Dan, saya pun tak ada sasaran umur untuk menamatkan zaman bujang.”

Itulah jawapan dari Sophia Albarakbah, pelakon berumur 29 tahun ini.