Ini ucapan Puteri Sarah kepada Syamsul Yusof, setelah Mat Kilau kutip RM90juta

6,782 views

Syamsul Yusof kini ada dua perkara yang menjadi tumpuan pihak media. Satu tentang isu rumah tangganya dengan Puteri Sarah LIyana dan juga wanita bernama Ira Kazar.

Yang ekduany aialah tentang kejayaan besar untuk filem Mat Kilau yang kini sudah berjaya mendapat kutipan panggung sebanyak RM90 juta, satu pencapaian yang amat mengagumkan.

Tentang kejayaan mengaut kutipan paling tinggi dalam sejarah panggung wayang di Malaysia ini, isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana tetap memberi sokongan kepada naskah suaminya itu.

Puteri Sarah Liyana telah mengucapakan jutaan tahniah buat suaminya di atas kejayaan yang dikecapi.

“Saya mahu mengucapkan setinggi tahniah kepada Mohd Syamsul dan juga semua pasukan filem Mat Kilau sepanjang usaha mereka untuk menyiapkan filem yang kini menjadi naskah paling laris dalam sejarah perfileman di Malaysia.”

Jelas Puteri Sarah Liyana lagi, ketiak penggambaran, dia sedang hamil anak kedua iaitu Sumayyah. Sungguhpun begitu, dia tetap memberi sokongan ketika itu, malah siap datang ke set untuk melihat suaminya bekerja.

“Jika diimbas kembali, masa tu, saya sedang mengandungkan Sumayyah. Ketika itu juga, saya ada pergi ke set, bagi sokongan pada suami sebagai pengarah. Saya melihat proses-proses yang dilalui mereka semasa penggambaran.”

“Ada juga isu, masalah semasa di set. Malah proses suntingan pun dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan.”

Puteri Sarah berkata demikian ketika majlis Meet & Greet Puteri Sarah dan Rossa Sera anjuran Inayah Beauty Trading yang diadakan di Avante Hotel Bandar Utama, pada Isnin.

Kata Puteri Sarah yang menjadi saksi bertungkus lumus usaha semua pihak untuk siapkan filem Mat Kilau ini, dia mengucapkan tahniah.

“Banyak tahniah kepada semua yang terlibat, semua pelakon, team crew, antara yang paling penat sekali dan juga dah tentu tuan pengarah. Syukur sangat dah tu, rezeki berjaya mengutip RM90 juta sebab ramai yang berdoa.”

“Juga kepada pihak producer Studio Kembara yang menerima RM90 juta itu, tahniah diucapkan.”

Ditanya sama ada dia bakal menerima keuntungan daripada hasil kutipan tiket, Puteri Sarah Liayan hanya menjawab, “Kalau saya ni Studio Kembara, barulah saya dapat.”

Itulah komen serta ucapan tahniah dari Pteri Sarah Liayan kepada suaminya Syamsul Yusof di atas kejayaan filem Mat Kilau ini.