Suspek kes pukul Kamal Adli jalani pemeriksaan psikiatri selama dua minggu, nama didedahkan

3,202 views

Hari ini ada sedikit perkembangan tentang kes yang melibatkan Kamal Adli serta Uqasha Senrose yang telah diserang oleh seorang individu yang mereka tak kenali hujung minggu lalu ketika berada di satu event jualan di Singapore. 

Menerusi laporan beberapa portal, pihak mahkamah Singapura telah memerintahkan suspek iaitu lelaki berumur 33 tahun, direman selama dua minggu dan menjalani ujian serta pemeriksaan psikiatri. 

Keputusan ini dibuat oleh hakim iaitu Terence Tay setelah beliau bersetuju dengan pemohonan dari pendakwa yang mahu suspek jalani pemeriksaan mentalnya.  

Dari laporan berkenaan, nama suspek tersebut dikenali sebagai Muhammad Nabil Rasid. 

Suspek akan direman disebuah pusat perubatan iaitu di Institut Kesihatan Mental dan akan jalani pemerhatian psikiatri. 

Selepas dua minggu, kes berkenaan akan disambung semula pada tarikh yang ditetapkan iaitu pada 28 Mac ini. 

Ini kenyataan dari pihak hakim. “Tertuduh akan direman di Institut Kesihatan Mental untuk jangka masa dua minggu untuk menjalani penilaian psikiatri.” 

“Jika sabit kesalahan berkenaan iaitu dengan mendatangkan kecederaan secara sengaja menggunakan senjta berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan ianya akan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau keduanya sekali.”  

Pada malam Ahad yang lalu, ketika di event Jualan Mega Hari Raya 2023, di dewan 5 Singapore hall, Muhammad Nabil didakwa telah hadir ke sana dan mencari Kamal. 

Kemudian Nabil telah menyerang Kamal Adli di depan orang ramai menggunakan cota besi. 

Alatan yang digunakan itu telahpun dirampas pihak polis dan sedang menyiasat secara menyeluruh. 

Kamal Adli telah pun jalani pembedahan untuk kecederaan kepala yang dialaminya dan kini bersama isterinya iaitu Uqasha Senrose di satu tempat dirahsiakan atas nasihat pihak berkuasa sebagai faktor keselamatan.