Kantoi panggil sayang di sesi live, Shila Amzah bercinta dengan Ubai?

6,772 views

Penyanyi Shila Amzah, 32 tahun, kini amat aktif dalam bidang seni. Setelah menjuari The Mask Singer Malaysia, Shila Amzah terus menyertai Gegar Vaganza. 

Apabila semakin aktif, nama Shila Amzah sering jadi topik hangat terutama melibatkan kisah percintaannya. 

Akhirnya kini ada satu kisah yang menyatakan bahawa Shila Amzah sedang menjalinkan hubungan dengan jejaka bernama Ubai. 

Ubai merupakan seorang pengacara dan juga influencer yang amat terkenal di laman TikTok. 

Selain itu, pemuda berumur 25 tahun ini juga amat menyerlah dalam rancnagan bual bicara Borak Dulu Baru Kamu, yang turut pernah menampilkan artis jemputan seperti Jep Sepahtu, Siti Elizad, Uqasha Senrose, Erra Fazira dan ramai lagi. 

Berbalik kepada kisah antara Shila Amzah dan Ubai, ada satu video yang mula jadi bualan apabila Shila secara tak sengaja terpanggil Ubai dengan nama “Yang” iaitu short form kepada sayang. 

Hal ini telah berlaku ketika satu sesi live antara mereka berdua. 

Rata-rata peminat mereka berdua ini amat suka dan setuju jika Shila Amzah dan Ubai ini menjalinkan hubungan. 

Mereka kata memang secocok dan juga nampak Shila Amzah amat selesa dan bahagia bersama Ubai. 

Ini videonya. 

Dari video itu, Ubai ada mengatakan mereka mula rapat dan buat aktiviti bersama seperti bermain badminton bersama. 

Ada juga cerita berkenaan skuter yang dibeli namun mereka berdua tak mahu bercerita lanjut tentang hal berkenaan. 

Dah lama dah selesa dengan Ubai, dan satu hari tu ada sesuatu yang terjadi.” Kata Shila Amzah. 

“Kisah bermula, cinta bermula dengan skuter. Tapi kita tak nak cerita banyak, nanti cerita di podcast.” Kata Ubai pula. 

Shila Amzah kini berumur 32 tahun, manakala Ubai berumur 25 tahun, walaupun umur berbeza empat tahun, tetapi nampak keserasian antara mereka berdua. 

Kita tunggu kenyataan serta pengumuman antara Shila Amzah dan Ubai nanti.