“Memang awalnya sedih” Respon Almy Nadia setelah ramai minta dia menguruskan badan

1,786 views

Setelah berkahwin dan sudah beranak pinak, pelakon Datin Almy Nadia dilihat mengalami perubahan ketara. 

Perubahan berkenaan ialah perubahan bentuk badannya, betuk fizikalnya. Tubuh Almy Nadia semakin berisi dan tidak lagi langsing seperti sebelum berkahwin. 

Ini membuatkan isteri kepada Dato Fizz Fairuz ini sentiasa saja menerima pelbagai komen dari orang ramai. 

Sudah tentu ramai yang mempersoalkan mengapa Almy Nadia tidak menjaga badannya itu. Ada juga yang berkata yang kurang baik terhadapnya. 

Namun, Almy Nadia tak peduli dengan kata yang tak baik itu. 

Walaupun di awalanya berasa sedih, kini dia bahagia kerana mempunyai suami yang amat baik dan penyayang.  

“Semasa tahun pertama selepas saya melahirkan anak sulung, memang diakui saya rasa sedih apabila orang mula menulis komen dan mempersoalkan tentang tubuh badan saya ni.”  

“Akan tetapi, kemudian, saya amat gembira sebab dikurniakan suami yang amat menggembirakan dan kelakar. Dia amat membahagiakan kami sekeluarga.”  

“Saya hanya menjadi diri sendiri dan akan berpijak di bumi yang nyata ni. Sekarang saya tak kisah orang nak cakap saya apa pun. Yang mengata tu, kita jumpa saja di akhirat kelak.” 

Jelas Almy Nadia lagi, dia seorang yang nampak simple sejak bergelar isteri kepada Dato Fizz Fairuz.  

“Kalau diikutkan saya ni mungkin terlalu simple namun sebenarnya saya ada misi dan visi saya sendiri. Saya pun ada kerjaya saya sendiri. Malah kehidupan harian saya bermula seawal jam 430 pagi sampailah 9 atau 10 malam. Kadang-kadang terlajak juga sampai tengah malam.”  

“Saya tidak boleh nak mengubah diri untuk jadi macam orang lain. Suami saya selalu saja berpesan, ukur baju kat badan sendiri, janganlah nak ukur baju kat badan orang lain.” 

Itulah kenyataan dari Datin Almy Nadia setelah ramai sangat yang berbicara tentang bentuk badannya dan meminta untuk kembali cuba menurunkan berat badannya. 

Dato Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia telah bergelar sebagai suami isteri pada tahun 2014 dan kini mempunyai empat orang cahaya mata.