Tak minta maaf, Siti Nordiana fail saman jumlahnya RM2.5 juta

1,504 views

Siti Nordiana atau Nana telahpun failkan saman ke atas lima individu termasuk dua penyanyi popular iaitu Lan Solo dan Syura.

Saman ini dibuat setelah mereka berlima didakwa telah buat cerita yang tak betul tentang diri Nana melalui satu sesi live di laman Instgaram.

Penyanyi berumur 37 tahun ini menamakan lima individu dalam samannya iaitu Lan Solo, isteri Lan Solo Sheila Hasssim, Syura, Sam Samin staff dari FMC Music dan makeup artist bernama Aida.

Antara kata-kata dari mereka berlima itu ialah mengatakan Nana bukan seorang artis yang clean dan dihormati.

Selain itu Nana digambar seperti ego, tak dengar nasihat, tak hormat orang lain, dan gunakan wang dan popularitinya untuk dihormati.

“Sesi live selama satu jam 28 minit itu ditonton oleh follower defendan-defendan dan ramai yang mengikutinya.”

Nana mengatakan walaupun sesi live itu tidak dimuatnaik di laman Instagram masing-masing namun ianya boleh ditonton di laman Youtube.

Juara Gegar Vaganza ini mengatakan reputasi serta imejnya telah rosak dengan agak teruk dan ini termasuk para penaja yang mengambilnya sebagai model dan duta.

Sebelum ini permintaannya untuk mereka minta maaf serta ganti rugi sebanyak RM200 ribu telah dituntut namun semua lima gagal melakukannya.

Oleh yang demikian, Siti Nordiana menuntut semua lima individu itu sebagai defendan, untuk buat permohonan maaf secara asing, melalui media, termasuk akhbar, Instagram atau Facebook secara berterusan selama dua bulan atau tempoh yang dianggap adil oleh mahkamah.

Tuntutan ganti rugi am juga diminta sejumlah wang RM500 ribu setiap individu.

Jelas peguam yang mewakili Nana iaitu Abang Azlan Abang Ariffin, tuntutan saman telah diserahkan secara Akuan Terima dan email kepada kesmua mereka pada hari ini.

Mahkamah tetapkan tarikh pada 9 Ogos ini untuk urusan kes yang dibuat melalui online di depan hakim.