Ini komen Sharnaaz Ahmad tentang persembahan Shila Amzah dan SOG

11,517 views

Malam tadi berlangsungnya pertandingan muzik yang berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu edisi ke36 atau AJL36.

Pertandingan ini diadakan di PWTC, Kuala Lumpur dan sebanyak 12 buah lagu dipertandingkan untuk edisi kali ini.

Akhirnya setelah tamat, keputusan penuh telah diumumkan, dan lagu Pelukan Angkasa telah dinobatkan sebagai Juara Lagu untuk tahun ini.

Lagu ini dinyanyikan secara duet oleh kumpulan SOG dan juga Shila Amzah.

Sebaik saja selesai lagu ini dipersembahkan di AJL, pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad ada menulis kata-kata pujian kepada persembahan serta lagu Pelukan Angkasa ini.

Memang super betul muzik lagu ini, berdiri bulu jambang aku yang beruban ni.” Tulis Sharnaaz Ahmad.

Ini pula tambahnya lagi: “Kalaulah kumpulan SOG dan Shila Amzah dengan lagu Pelukan Angkasa ni tak menang, lebih baik bubarkan sajalah AJL”.

Kemudian sebaik saja diumumkan bahawa lagu berkenaan telah menang, Sharnaaz kaat dah tak yah nak bubar, kerana lagu ini akhirnya berjaya menang. Ini tweet dari Sharnaaz: “Okey done, tak perlu nak bubar Anugerah Juara Lagu.”

Selain itu, Sharnaaz juga ada menulis dan memberi pendapat peribadinya bahawa adalah lebih baik, industry ini mula memberi habuan kepada para penyanyi.

“Dah boleh naikkan kot hadiah kemenangan. Kalau setakat trofi ni, kat rumah pun hanya buat habuk saja. Mari jadikan industry seni kini ni eksklusif dan juga dapat memberi ganjaran serta pulangan buat mereka yang benar-benar meminati seni.”

Diimbas kembali, sebenarnya Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah memang ada history bersama sebelum ini, namun mereka berdua memang tak ada jodoh dan masing-masing pun ada haluan tersendiri. Namun kedua mereka kini telah kembali single, dan buat masa sekarang mereka memang baik saja.

Apapun tahniah kepada Shila Amzah dan juga SOG di atas pencapaian yang amat membanggakan ini.